written by boy_bersahaje on August 21st 2010

Pernah kah kamu orang terfikir, kenapa sejak kecil lagi kita di momokkan dengan budaya barat, budaya barat dan budaya barat? Budaya barat yang penuh dengan keburukkan dan tidak bertamadun dari segi etika. Mengapa mereka begitu? Dan apa modus operandi sebenar mereka?
Ok, jika jawapan kamu ialah untuk memesongkan akidah dan haluan pegangan kita, tapi mengapa? Apa yang mereka dapat? Masa kecil lagi, ustazah dan para penceramah sering mengingatkan kita bahawa masyarakat barat akan terus menyuntik dan mempengaruhi untuk mengikut rentak dan cara mereka berfikir, berpakaian, bersosial dan berfesyen. Sekali lagi aku bertanya, untuk apakah semua ini? Pernah kah kamu orang terfikir? (more…)
Posted in Featured
written by boy_bersahaje on August 20th 2010
Baru-baru ini aku berpeluang untuk melihat tinggalan tapak rumah Rasulullah. Bila terlihat rumah baginda, hati aku terasa sangat sebak, terharu dan sedih. Sangat sukar untuk gambarkan perasaan tersebut dengan kata-kata. Tanpa berlengah lagi jom kita lihat sama-sama tingalan tapak rumah tersebut.
Kredit to abang belalang, owner isuhangat.net

tapak-rumah-nabi
(more…)
Posted in Featured
written by boy_bersahaje on August 20th 2010

Entri ini ditulis kerana mendapat suggestions dari adamfaiz melalui komen di Tips SEO: Asas yang perlu kita ketahui bahagian 2
Apa itu Meta tags?
Meta tags ini sebenarnya adalah HTML code yang diletakkan pada header sesuatu blog atau web di antara <head> dengan </head>. Dengan kata mudahnya, meta tags ialah sama seperti kad pengenalan atau MyKad.Ia menerangkan secara tepat tetapi ringkas mengenai diri seseorang. (more…)
Posted in SEO
written by boy_bersahaje on August 19th 2010

Alhamdulillah, kini rakyat Malaysia boleh tersenyum setelah 13 tahun, ringgit Malaysia kini berjaya pada kedudukan tertinggi, RM3.18 berbanding dolar Amerika . Pengumuman ini dibuat oleh Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz semalam (18 Ogos 2010).
Kita haruslah berbangga kerana pengukuhan nilai Ringgit ini berlaku semasa dunia sedang mengalami masalah kegawatan ekonomi. Kadar tinggi nilai ringgit ini memberikan kuasa membeli yang tinggi kepada rakyat.
Tetapi, apakah maknanya jika tahap inflasi negara kita ini semakin meningkat?
Jauh di sudut hati aku agak kecewa sedikit dengan berita ini. Walaupun ia adalah berita yang sangat baik. Sebabnya, sudah pasti penukaran duit paypal akan bertambah kecil nilainya dengan nilai sebelum ini. Pada sebelum ini perbezaan antara ringgit Malaysia dengan USD ialah setinggi RM3.2++.
Hendak mengetahui perkembangan USD semasa beserta dengan konsultasi ringkas? Boleh layari blog Boss. Lihat pada sidebar blog terebut, dan kamu akan jumpa ‘Notis Board‘ yang memberikan idea, sama ada, telah tiba masa untuk cash out duit paypal atau tidak, bergantung pada tukaran mata wang Amerika yang terkini :). Sungguh bersahaje! (more…)
Posted in Bersahaje, Featured
written by boy_bersahaje on August 19th 2010

Siapalah blogger tanpa sifu dan pengalaman,
Siapalah si terdesak, tanpa si tersepit,
Siapalah blog, tanpa pembaca yang setia.
Selama lebih setahun semasa aku mula menulis di RezaMohyinDotCom, perkara utama yang dikongsi adalah berkaitan dengan perihal blogging dan juga sedikit personal. Ya, memang aku tak nafikan, aku begitu berat tulang untuk update blog ini ketika itu. Sebabnya, ini hanyalah mengisi masa lapang dan bersuka-suki. Aku terlalu menumpukan perhatian lebih pada blogging niche blog. Semata-mata kerna sesuap nasi sebagai seorang pelajar. Banyak pahit dan manis ketika itu perlu aku harungi seorang diri. Lepas blogging, aku mula menampakkan diri untuk melebarkan lagi pengisian internet dengan membuka beberapa jenis networking. Networking seperti servis, web development produk dan juga kenalan. Bagi aku, itulah hakikat hidup seorang blogger!
(more…)
Posted in RezaMohyinDotCom