Sudah hampir sebulan Poll atau undian kat sidebar sebelah kanan dipasang. Tujuan aku cipta poll tersebut adalah untuk mengumpul suara ramai berkaitan dengan penubuhan forum yang bakal aku lancarkan.
Tetapi bukan dalam masa terdekat. Matlamat utama forum tersebut ialah sebagai one stop center kepada bloggers dan juga webmaster.
Boleh tak kamu orang menolong aku dengan hanya thick mana-mana niche yang kamu orang rasakan perlu dan terbaik untuk forum tersebut? (more…)
Untuk entri Learning curve: Boleh terangkan? aku telah meminta pendapat pembaca RezaMohyinDotCom mengenai gambaran lukisan di bawah.
Terima kasih kepada mereka yang sudi melontarkan pendapat untuk aku dan pembaca lain memahami sendiri erti gambar tersebut. Berikut aku senaraikan kembali apa kata mereka mengenai gambar tersebut.
Bahawasanya… Kejayaan itu adalah sesuatu proses.
Dan proses itu mempunyai dua perjalanan iaitu ‘perjalanan mudah’ dan ‘perjalanan sukar / mencabar’.
Malah kedua-dua perjalanan ini sering berkait antara satu sama lain. Ada yang dapat senang dahulu, ada yang sebaliknya.
Apa yang penting, jangan mengaku kalah. Kuatkan semangat, tajamkan fokus dan teruskan perjuangan!
Kajian demi kajian mengenai keywords memang sangat penting. Kajian keywords memerlukan masa yang agak lama untuk pastikan keywords tersebut benar-beanr lubuk emas. Tetapi, sering kali kita gagal dalam menjalankan proses ini. Sebabnya, terlalu mudah mengalah dan tidak menjalankan dengan teknik yag betul. Apakah asas utama dalam pencarian keywords yang bermutu?
Setelah menulis beberapa entri berkaitan dengan On-page SEO seperti : (more…)
Sepanjang aku blogging, perkara pertama yang aku akan pastikan ada ialah homework station! Tanpa work station, memang lari mood. Lari sejauh 8 km jauh meninggalkan aku. Cerewet? Yang teramat.
Aku memang sangat cerewet dalam blogging. Keselesaaan adalah tunggak utama untuk menjana idea yang bagus dalam menulis entri-entri untuk RezaMohyinDotCom :). Juga, untuk produktiviti yang bagus. Jadinya, tidak salahkan kalau aku cerewet dalam hal ini?
Berikut adalah barang-barang yang perlu ada di work station aku: (more…)
“Memang terbaik dan memberi inspiration”. Itulah kata-kata pertama bila aku menyudahkan diri menonton Iklan Petronas Merdeka 2010 ini.
Benarlah kata orang bijak pandai, niat adalah ‘ibu’ penentu kejayaan atau kegagalan. Kita terlalu ikutkan hati dengan cemburu sehingga ke tahap dengki. Dengki itulah yang buatkan satu-satu bangsa jatuh dan terkebelakang dari kemajuan. Kita bukanlah mementingkan sangat hal kemajuan kebendaan, tetapi kemajuan pendidikan dan juga hati budi adalah segala-galanya. (more…)