Kehidupan ku di sini…Mungkinkah selamanya?
Posted by boy_bersahaje on November 10th 2009

Muka ku seperti ayam penyet!
Bangun pagi jam 6.30am, aku melakukan kewajipan sebagai hambaNya. Setelah itu aku akan terus mesej atau menelefon fruitheart aku; wish morning glory kepadanya. Setelah itu, aku akan terus membuka si Yob untuk memantau perjalanan bisnes internet aku atau pun sale hasil blogging. Kalau ada apa-apa order aku akan pantas melakukanya tanpa perasaan segan dan silu (beselah dapat duit kan :P). Setelah itu aku akan monitor ke semua blog niche aku. Tengok-tengok aje. Maklumlah, sayangkan blog yang telah kita usahakan. Kata-kata hikmat Southern Blogger ‘Blog bukan hamba kita’ sentiasa disemat dalam pemikiran dan hati. Ini lah yang membuatkan aku sayangkan sangat blog-blog aku semua even mereka tidak memberikan aku keuntungan dari sudut kewangan. Mungkinkah ini yang dinamakan Blogger sejati?
Setelah lebih kurang 7.30am, aku akan berkendiri seperti mandi dan bersiap untuk pergi ke kluster penyelidikan. Memakai seluar jeans beserta t-shirt yang simple atau pun bergrafik. Bergaya seperti seorang yang tinggi cita-citanya. Tidak ketinggalan juga rambut yang tidak berapa kemas di rapi kan dengan gel untuk kelihatan seperti Rashidi atau Awal Ashari (Die hard fan Awal beb!!!) Setelah berpuas hati dengan penampilan, aku akan terus memakai kasut yang sudah berumur lebih kurang 3 tahun. Aku sangat sayang kan nya. Memakai setokin yang sudah seminggu di gunakan. Mungkin kamu semua memikirkan aku seorang yang pengotor bukan? Memang bukan! Aku adalah seorang yang tidak mempunyai kaki yang berbau seperti kamu ya, ingat itu! So, seminggu sekali atau 2 minggu sekali aku akan membasuhnya dengan mesin basuh separa automatik yang agak vintage.
Setelah itu, aku akan terus ke kereta kesedaran civic jenama dari Jepun itu. Mengambil masa kurang setengah minit untuk memanaskan nya, aku gunakan kesempatan tersebut untuk menelefon fruitheart aku. Ini adalah untuk memastikan sama ada dia sudah bersedia atau belum untuk bertolak ke destinasi seterusnya. Aku menutup pintu kereta dan terus memacu ke arah rumah fruitheart aku itu. Setelah melemparkan senyuman kepada fruitheart aku, aku meneruskan ke destinasi memenuhkan perut dengan roti canai dan nasi lemak di kempilkan bersama dengan teh tarik. Pheww!!! Walaupun tidak sesedap makanan di Restoran Mai-Angullia, tapi cukup untuk buat aku puas.

Aku dan fruitheart di Kluster
Habis sudah makan di Kuala Perlis, aku akan meneruskan perjalanan terus ke tempat untuk aku melakukan penyelidikan. Penyelidikan apa yang aku lakukan adalah berkenaan dengan…akan aku ceritakan nanti. Duduk di hadapan komputer, membaca apa yang patut. Buat masa ini, aku masih lagi di peringkat Literature Study. Itu bermakna aku hanya akan mengkaji teori secara mendalam berkenaan dengan penyelidikan aku itu. Baca papers yang telah di publish (aku akan ceritakan nanti apa itu ‘paper’), search apa yang patut di Internet dan juga buku-buku reference yang telah di pinjam di perpustakaan. Buat pengetahuan kamu orang, student MsC di benarkan untuk meminjamkan 25 buah buku pada sesuatu masa. Huh, bilangan yang agak banyak.Puah hati!!!
Setelah penat aku membaca, aku akan menjadi blogger untuk seketika. dalam sejam ke dua jam sahaja bagi mengurangkan stress aku. Sambil mengacau fruitheart, aku tetap akan mengikuti perkembangan dunia blogging di beberapa buah forum yang aku minati. Kadang-kadang dapat job
kadang-kadang tak dapat. So, aku rilex sahaja.
Tepat jam 4.30pm, aku sudah merasa kepenatan dan kebohsanan klau tiada lagi kerja yang aku perlu lakukan. Aku akan balik bersama dengan fruitheart, lepak minum di tepi pantai yang sangat indah dan nyaman pemandanganya. Dengan angin yang bkan sepoi-sepoi bahasa, ia mampu menjana untuk menjadi ‘Angin Jahat!!’. fuh, pekena cendol dan bihun sop memang perkara yang diimpikan oleh setiap anak muda yang masih bujang seperti aku di waktu petang setelah penat bekerja dan berfikir… Sampai di rumah dalam jam 6-6.30pm, aku bersiap untuk mengeluarkan peluh dengan bermain futsal di gelanggang yang telah disediakan oleh pihak Uni.
Sangat lega dan puas setelah encik peluh keluar tanpa segan dan silu lalu membasahkan seluruh tibuh ku. Aku balik ke rumah dan berkendiri untuk menempuh malam yang di nanti (bukan maam sunat ya, kami masih bujang, Ingat itu!!!) Setelah wangi dan kacak dengan berseluar bermuda dan t-shirt bundle yang aku beli kat Danga Bay, aku pun terus melabuhkan punggung menonton tv untuk mengetahui perkembangan dunia terkini di Buletin Tv3…
Kalau ada game Chelsea, aku pastikan tidak akan ketinggalan menyaksikanya. Tak pun, mana-mana game yang best. Bukan apa, nanti senang nak paku mana-mana fan selain Chelsea. Kihkihkih. Paku-memaku tu amalan yang boleh mengeratkan lagi silaturrahim sesame di-hard-fan peminat EPL di Malaysia ni. Janganlah sampai bergaduh pulak. Relax dan bersahaje sudah…












Wahhh…pack sungguh jadual harian kandaku sorang ini. Ape pun kehidupan ling kat Perlis bersama ney kan. So happy being together! Go blogger, go researcher! Hehehe…Opps lupe. Go Chelsea!!!
Hehehe tu la, pack sangat tapi rase cam x berapa nak pack. Cause kita enjoy kan. Go Chelsea!!!!
Chelsea..?? argghh..!
Ya! Chelsea la sapa lagi hahahahaha marah la tu bro
Cerita tu aku boleh baca lagi…tapi bab chelsea tu yang tak bley handle tu…igt game banyak lagi….belum tentu juara..
Hahaha, igt brader.
Wow3..Agak biru bilik tido anda..Adakah sebiru orangnya ? Kah3..
Hahahaha, biru??? Sudah pasti otak aku biru2 sikit. Cam ko plak, mesti kemerah-merahan kan? Hahahaha
Otak ko memang kebiru-biruan pon.Aku kenal ko bukannya setahun. Nak tengok merah x merah aku ni masuk la blog aku. Baru terbakar kaler biru ko tuh. Haha
Lagi sekali ko tulis pasal Chelsea, aku bakor blog ko ni haaa.
Hahahaha, Chelsea 4eva ;P
Habis, takkan nak cerita pasal Liverpool.. lagi ngabehkan boreh.. hehe
Betul2… aku pun nak bakar blog ko kalau ko citer Chelsea lagi Muahahaha
huhu..bahagia sugguh hidup ko ek..hihi..walau pun jadual pack..kena enjoy..
Hehehehe, leh tahanla enjoynye. Tapi klau datang sakit palenye, dasat beb!
Hahahaha, kalau x enjoy nanti kusut je pale ni. enjoy kan aje la hahahaha
rindunye life campus…
tapi life campus sedikit sebyk mengajar dan mempersiapkan kita utk menghadapi dunia “luar”.
tapi life postgrads rileks sikit compare undergrads kan boy?
Sangat rileks bro, dengan xde test exam assigment sume. Fuh!!! Puah hati
Salam
bestnyer student life full time.. aku punya Part time PJJ.. sambil kerja lak tu…
Oic, ko pun sambung gak eh. Ambik cos pe Reza?