AC Induction Motor
Posted by boy_bersahaje on November 19th 2009

Ini Lah AC Induction Motor
Hari ini, aku memotong material plate. Plate yang dikategorikan sebagai Grain oriented. Material ini dicipta oleh jurutera dan saintis bahan (mungkin) untuk membina machine. Aku membuat kajian berkenaan dengan ‘Machine design’. Machine design aku adalah motor. Bukan motor LC mahupun motor RXZ Catalyzer. Tapi, AC Induction motor. Induction motor ini adalah hasil gabungan antara Faraday’s Law dan juga Lenz Law. Motor tebahagi kepada 2 item. Stator dan juga rotor. Stator adalah item di mana ia kekal tidak bergerak. Stator ini adalah tempat untuk letaknya rotor. Rotor pula adalah bahagian yang bergerak dan berputar. Kajian aku adalah kepada stator. Aku membina 2 jenis stator dari berlainan thickness material. 0.35mm dan juga 0.5mm. Aku perlu mengkaji apakah perbezaan characteristic di antara kedua-dua materials tersebut dan yang paling penting, yang mana satu memberikan efficiency yang lebih. Efficiency ini lah yang kita ukur untuk membina sesuatu produk. Lebih tinggi efficiency nya, lebih bagus machine itu dicipta. Efficiency juga dapat mengurangkan LOSS atau kerugian. Di dalam sesebuah machine, loss akan berlaku dengan banyak. Loss ini lah yang perlu dikurangkan untuk penjimatan wang ringgit.
Kiranya, andai kajian aku berjaya, TNB mampu untuk mengurangkan beban kerugian tahunan 2-3%. Aku boleh jangkakan lebih kurang RM10-Rm20 juta penjimatan setahun. Calculation sebenar belum lagi dibuat. Dalam masa terdekat akan aku tunjukan. Test yang pertama aku akan jalankan pada esok hari (Jumaat) adalah Epstein Test. Epstein test ini adalah salah satu test pada material tersebut (Grain Oriented Material) untuk melihat perjalanan dan nilai flux sebelum material itu di ubah menjadi stator. Ini adalah penting sebagai reference aku apabila machine yang aku bina telah siap. Reference yang menunjukan bahawa design yang aku cipta tersebut adalah bagus dan kurang kesilapannya. Oleh itu, tadi petang aku telah memotong material tersebut bersama fruitheart aku di Pusat Kejuruteraan Unimap. Pemotongan berjalan selama 1 jam dan setengah. Material tersebut di potong berdimensi 250mm x 30mm.
Fruitheart aku lebih berpengalaman dalam magnetic material ini. Ini disebabkan pada project tahun akhir Degree nya dahulu adalah berkaitan dengan material ini. So, aku banyak belajar dari fruitheart aku. Fruitheart aku banyak membantu aku dalam pemahaman yang lebih mendalam untuk permulaan kajian aku itu. So, malam ini aku akan pergi ke Kluster Penyelidikan Unimap untuk mengkaji dan study teori dengan lebih mendalam.
Aku sudah keseronokan dan high dengan kajian aku! Maafkan aku blog. Bukan niat untuk memencilkan kamu. Hanya perlu melakukan mana yang lebih penting. Aku sayang akan kamu blog. Aku pun pasti, kamu sayang dan rindukan sentuhan aku padamu. Aku bukan mengalah pada mu. Cume perlukan waktu untuk fokus pada pelajaran ku…Sekali lagi, maafkan aku blog.
Posted in My Study











That’s so touched syg…We have to struggle kn syg. To achieved our goal. UK! Wait for us!
Yeah! UK our next destiny
patutlah seblm ni ada buat en3 “kehidupan ku di sini….mungkinkah selamanya” rupa2nya dah nak terbang ke uk….ni uk mn satu daaa….kena pakai passport ke?x payah pakai passport?
Hahahaha, UK pkai passport rasenye. Tapi tu sume lama lagi brader. Kurang 4-5 tahun lagi. Doakanlah kawan dapat pergi sane. Leh jumpe problogger, menimba ilmu dengan diorang pulak kan huhuhu
memang aku tak faham apa pun..motor tu aku tau..Faraday’s Law pernah dengar..yg lain,minta maaf..tak pernah dengar..hehe
Hahahaha, bese la tu Kay. Bukan bidang kita kan. Dapat tau Faraday’s Law pun kira dah ok ape. Hahahaha. selamat pengantin baru brader. Amcam kehidupan skang? Mesti bahagia tak Hengat kan. Huhuhu. Congratz!
bahagia giler..haha..internet baru dapat hari isnin lepas..berebut PC ngan wife aku lak nak main internet..hehe..
Happy aku dengar. Hahahaha. Susah2 beli je laptop buat wireless connection. Huhu. X saba nak dengar ‘Pecah Telur’ dari kau pulak.
Hehe..xpe boy..pelajaran kena diutamakan. Teruja aku dengar ko ckp pasal induction motor nih..xramai yang suka subjek tuh..klu kt kelas dlu..ramai yang pening kepala..haha..Btw, aku menanti keputusan research ko boy..semoga berjaya!
Hahahaha, thank Jmay! Aku lagi semangat dapat kate2 semangat dari kau. Huuhuhu
Mak aih boy..Dah tepu otak aku ni..Ko terang tuh satu ape xpaham.. Good luck utk ke UK..Fieza pon cita2 ke UK gak..Master in progress..Alhamdulillah..Kalo dia dpt g..Aku jadi full time The Reds supporter la..Hak3..
Hahahaha, bagus tol Fiza. Semangat lagi wat master. Cakap gud luck kat dia. Hahahaha, bgs la ko supprot betol dgn Red tu. Even The Reds tu x ke mane muahahahahaha
Apa yang ko bebelkan ni Labu?
Semuanya takde dalam Personal Coaching yang aku ajar kat ko… ko jgn derhaka kat aku…nanti kena sambar petir!
best article ko ni.
mengingatkan aku kat keje lama aku dulu.
ade kene mengena nih.
byk factor ko amik kire utk increase efficiency motor ni.
material type wire magnet, diameter wire, no. of turns, arrangement, stator and rotor packing etc…
Waaaa, kira banyak la pengalaman ko dalam motor ni. Leh minta tunjuk ajar?
takde la teror sgt.
sekadar pengalaman.
boleh je nk berkongsi..