pakej-lengkap-linkbuilding

Website: Pelaburan yang mesti dibuat

Posted by boy_bersahaje on December 23rd 2009

pelaburan web 300x216 Website: Pelaburan yang mesti dibuatDalam apa jua perniagaan, pelaburan adalah suatu tindakan yang sangat penting. Pelaburan umpama nadi bagi sesebuah perniagaan. Baik dan buruk pelaburan bergantung pada tahap ekonomi dan perancangan sesebuah perniagaan. Begitu juga dengan arena blogging. Pada asasnya, pelaburan pada arena web-sphere adalah tidak seperti pelaburan sebuah syarikat konvensional. Hanya sekelumit sahaja di perlukan bergantung pada hasil yang anda inginkan. Contohnya, jika kita mahu kan traffic yang berduyun-duyun, seperti manusia di pasar malam Kangar, maka pelaburan tersebut bukanlah sekecil RM10 sahaja. Dan jika kita mahukan web kita popular dan sentiasa hangat diperkatakan oleh masyarakat, seperti cerita Avatar di pawagam, pelaburanya juga bukanlah sekecil membeli DVD cetak rompak.

Bergantung pada apa hasil dan target yang anda rancangkan, jika besar hasilnya, pelaburanya juga mesti lah besar. Dalam dunia online, apa yang aku biasa tekankan dalam diri adalah backlinks sesebuah web Apa itu backlinks? Backlinks atau kata pendek BL adalah di mana link web kita terdapat didalam sesebuah blog atau web orang lain. Seperti yang terdapat pada blogroll di bahagian sidebar, blog directory, article directory dan sebagainya.  Apakah kepentingan BL? BL diperlukan untuk meningkatkan kepentingan sesebuah web itu pada algorithm Google atau lebih dikenali sebagai Pagerank (PR). Semakin tinggi PR sesebuah blog, semakin baguslah backlinks mahupun kualiti nya. Ia juga dapat membantu sedikit sebanyak dalam ranking sesebuah blog di enjin carian Google atau SERP (Search Engine Result Page). Kiranya, BL juga adalah salah satu cara untuk mengoptimasikan SEO sesuatu web. Bagaimana cara kita untuk menyebarkan backlink web kita agar ia berkembang dan bertambah? Aku akan huraikan untuk post yang akan datang. Tapi kalau aku lupe, ingat kanlah ye. Huhuhu.

pelaburan 300x225 Website: Pelaburan yang mesti dibuatDah tu apa yang pelaburanya kalau kita nak sebarkan backlinks? Haa, di sinilah terdapat jual dan beli links untuk para penggiat link broker. Mereka akan mengenakan charge tertentu untuk kita meletakkan link di beberapa sudut blog atau web nya. Ada yang mengenakan charge dari RM15 hingga ke RM 1000 bergantung pada tahap kualiti dan PR nya. Jadinya, kiralah berapa banyak yang akan anda laburkan untuk mendapatkan PR dan kedudukan yang baik bagi sesuatu blog.

Selain daripada backlinks, pelaburan yang penting untuk sesebuah web adalah pada kekemasan dari segi penampilanya. Bagi aku, web yang pro adalah dari web yang mempunyai gabungan warna yang agak korporat seperti biru muda, putih dan warna-warna yang terang sedikit. Selain itu, perkara yang paling penting adalah header bagi sesebuah web. Header yang mempunyai rekaan terkini bersama flash mampu untuk menarik pengunjung datang kembali ke web anda. Ia juga mempengaruhi sales jika anda menawarkan produk atau pun service pada web berkenaan. Pelaburan di sini adalah, mengupah pakar designer untuk menghasilkan design yang sangat bersahaje dan bombastik!

pelancongan 300x225 Website: Pelaburan yang mesti dibuatKenapa tiba-tiba sahaje aku bercerita pasal web dan bukanya blog? Hurmmm…Soalan yang sangat bagus! Buat pengetahuan pembaca yang dihormati, aku sekarang sedang bergiat dan mencari-cari sesuatu yang baru sebagai melebarkan lagi sayap jenis perniagaan Reza Mohyin Trading & Services (JM0526145-P). Bukan berkenaan dengan web-design mahupun pembangunan web. Tetapi lebih kepada servis provider dalam industri pelancongan. Insya-Allah akan siap sepenuhnya pada Mei 2010. Harap kalian doakan ke-suksesan projek aku kali ini. Salam bersahaje dari boy_bersahaje

Posted in Arena Blogging, Featured

Comments

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.