pakej-lengkap-linkbuilding

Themes: Sudah letih memilih?

Posted by boy_bersahaje on January 3rd 2010

 Themes: Sudah letih memilih?

Aku keseorangan di rumah dengan ditemani oleh bunyi derauan kipas angin di sebelah kiri. Kadang-kadang rasa aman dan tenang bila keseorangan dan kadang-kadang juga merasakan kebosanan. Tapi hari ini aku bersama-sama fuitheart menjalankan proses pencarian theme baru untuk blog nya. Memang meletihkan. Asyik-asyik theme yang sama. Ade yang cantik tapi tak kena pula layout sidebar. Ada yang cantik tapi, bahagian komen agak kehuru-haraan. Lebih kurang 2 hari kami mencari tapi masih buntu. Proses mencari theme berlangsung sehingga ke hari ini (Ahad 3 Jan 2010)

Tetapi, apa yang menggembirakan kami sekeluarga berdua adalah penemuan satu web yang menyediakan premium wordprees theme. Aku telah bernekad untuk menjadi ahli elegantthemes selama setahun dengan bayaran serendah $19.95 (Lebih kurang RM70). Bukan apa, bagi aku ia sangat berbaloi di sebabkan themes yang sangat menarik dan sesuai untuk penggunaan pada personal blog; aku tidak rekomen kan pada niche blog ya. Kombinasi warna yang memukau mata buatkan aku tak teragak-agak untuk terus membayar yuran keahlian demi fruitheart aku yang tercinta. Kira, ini adalah collection themes yang paling menarik dengan harga yang sangat-sangat berpatutan.

Salah satu theme menarik dari Elegantthemes

Salah satu theme menarik dari Elegantthemes

RM70, berpatutan ke boy? Aku senyum seraya berkata dengan bersahaje ‘Aku tak habis lagi cerita, ko dah menyampuk. Rilex brader’. Jikalau hanya satu themes sahaja, memang la aku pun tak terigin nak bayar. Anda akan dapat memiliki hak eksklusif selama 365 hari untuk download dan pakai ke semua theme yang berjumlah 29 Premium theme. Di tambah dengan support dari pihak yang berkuasa (admin). Kalau kita dapat lihat di web-web wordpress themes provider, harga untuk satu theme premium sahaja dah bernilai lebih kurang $30-$50. Tetapi, ellegantthemes dengan bersahaje memberikan full access selama setahun untuk ke semua collection nya yang sangat memukau selera anda. Aku percaya, hari demi hari akan ada lagi terbitan demi terbitan themes yang terbaru lagi cun di dalam koleksi elleganthemes ini. So, apa yang aku nak rasa rugi?

Kalau sebelum ini, fruitheart aku akan sentiasa tak berpuas hati dengan themes pada blog nya. Tapi sekarang, dia dah boleh menarik nafas lega disebabkan elleganthemes mempunyai themes yang dapat meluluhkan jantung bila aku melihatnya sendiri. Aku pun jenis orang yang sangat cerewet dalam hal-hal ini. Jadinya, ia dapat juga mengurangkan pembuangan masa aku untuk pemilihan themes yang menarik untuk di pakai. Apa yang menariknya, elleganthemes membenarkan themes nya di gunakan tanpa had limit bilangan blog (domain). berikut adalah kenyataan dari pihaknya:

How many sites can I use your themes on?

Once you join Elegant WordPress Theme, you can use each of our theme on as many websites as you like, provided that you own each site. You are forbidden to resell or redistribute the theme to others.
***Quote di atas adalah di ambil dari ruangan FAQ ellegantthemes

Jadinya, dengan bersahaje aku terus subscribe dan membayar untuk menjadi salah seorang ahli ellegantthemes sebelum promosi ini berakhir tidak lama lagi. Peluang hanya akan datang sekali sahaja. Aku tak nak menagis di kemudian hari disebabkan hanya dengan bayaran yang seciput itu. Apa yang aku pegang dan percaya adalah kepentingan kualiti untuk menghasilkan kepuasan hati sama ada untuk pembaca blog ini dan juga diri aku sendiri :)
Agak-agak la kan, tak terliur ke anda bila melihat themes yang telah di hasilkan oleh ellegantthemes ni? Perasaan aku sangat meluap-luap ingin ketahuan dari mata hati anda semua….
Posted in Arena Blogging, Featured

Comments

  • ash ash Posted on: January 03, 2010 at 2:49 pm

    Ney sampai pening-pening pilih theme. Sampai ade kes tu dah perfect abes pastu tak boleh download. Sangat amatlah marah kott. Thanx syg for this. Semangat nak wat manyak-manyak blogpost ni kn kn…hikhikhik.

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: January 03, 2010 at 2:54 pm

      Ok sayang. No problem :). Huhu

  • khairolghani khairolghani http://www.khairolghani.com Posted on: January 04, 2010 at 9:58 am

    aku ada usha gak elegant themes ni masa nak pilih2 theme dulu..memang cantik pun..

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: January 04, 2010 at 10:29 am

      Tahu tak pe. Mate dah jadi petak bile nak pilih…

  • Wan perlis Wan perlis http://kemanaarahkita.blogspot.com/ Posted on: January 18, 2010 at 10:46 pm

    pergh..jual theme pun best gak.
    blogspot support x theme ni?
    hmm..apa beza theme,template dan layout?

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: January 19, 2010 at 1:14 am

      Kat elegentthemes ni xde untuk blogspot wan. Semua nya wordpress. Jual theme memang masyok. tapi kepala pecah nk design. hahahaha. theme tu tema. template tu lebih kepada web. Layout tu pula susun atur untuk sesuatu theme atau template. Maafkan aku andai kurang tepat memberi jawapan.

  • reezluv reezluv http://reezluv.com Posted on: January 23, 2010 at 7:36 pm

    aku baru sambar theme kat Themeforest..hehe

  • menj menj http://www.ibnjuferi.org Posted on: February 19, 2010 at 12:18 am

    Ntah, aku tak berapa suka sgt theme yang dah siap. Aku dah ketagih dengan custom theme jerr….

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.