Paypal: Apakah dan Bagaimana?
Posted by boy_bersahaje on August 19th 2009
A’kom dan salam sejahtera kepada mereka yang diberikan peluang untuk terus membaca dan mengikuti perkembangan ‘Boy Punya Scrap Book la’. Blog yang dibina cukup ringkas dan bersahaje ini :)… Apa khabar anda semua? Harapan aku adalah sihat dan bebas daripada penyakit H1N1 hendaknya. Pelbagai wabak dan penyakit telah menular di negara kita yang tercinta ini. Wabak H1N1 semakin di takuti rentetan jumlah kematian yang telah meningkat dari semasa ke semasa. Apa yang mampu aku, kau dan kita semua lakukan adalah langkah-langkah pencegahan selain berdoa kepada Nya untuk dijauhkan dari malapetaka ini… Amin.
Tujuan entry kali ini di tulis adalah tidak berkaitan langsung dengan wabak tersebut ya rakan-rakan. Itu hanyalah mukaddimah seorang yang sangat prihatin kepada isu terkini :P. Ok, berbalik kepada tajuk entri di atas, Paypal: Apakah dan Bagaimana? Mungkin kalian sudah biasa dengan paypal dan mengetahui dengan lebih lanjut apa sebenarnya Paypal dan bagaimana untuk mendapatkanya. Entri ini hanyalah sekadar secebisan tahi gigi di molot anda. Tidak mengapa, aku menaip entri ini untuk mereka dan juga rakan-rakan aku yang masih blur tentangnya.
Paypal ini adalah umpama jantung untuk anda yang baru berjinak dalam mencari income di talian internet. Benarkah internet mampu menjana pendapatan sampingan atau benarkah duit internet boleh dinikmati secara offline? Jawapanya benar-benar belaka!!! Kalau tidak, masakan aku membuat entri sebigini? Entri ini dan semua entri di dalam blog ini adalah ditaip mengikut pengalaman aku sendiri. Aku tidak suka membuang masa menulis sesuatu yang aku sendiri tidak mengetahui dan merasainya wahai sahabat.
Apakah Paypal itu? Paypal adalah umpama sebuah bank maya yang berada di dalam internet. Paypal tidak mempunyai pejabat dan juga tiada mesin pengeluaran mahu pun kemasukan duit secara direct. Anda tidak akan menemui mana-mana di dunia ini bank yang bernama Paypal Bank atau Bank Paypal. Tidak!!!Yang ada hanyalah penyata yang ditunjukan di dalam monitor komputer anda sahaja. Kalau begitu masakan aku dapat rasa duit yang di dalam nya Boy? Sabarlah, kau orang akan rasa bila aku sudah habis menerangkan secara detail…Paypal digunakan untuk transaksi duit online anda. Kemasukan atau pengeluaran. Paypal boleh digunakan di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Hampir 90% pengusaha perniagaan secara online di dunia ini menggunakan paypal sebagai BANK mereka. Contohnya ebay. Paypal adalah sebuah sistem kewangan yang sangat ketat dari segi rules dan juga safety. Maka, duit anda dalam paypal InsyaAllah akan selamat selagi anda mengikut dan mematuhi peraturan yang telah di tetapkan oleh paypal.
Boy, nak apply account paypal ni percuma ke berbayar? Aku akan menjawab percuma. Tiada sebarang duit diperlukan untuk memohon account paypal. Anda hanyalah perlu mengisi details anda dan anda telah berjaya mempunyai sebuah worldwide account bank. Sangat bersahaje bukan?! Tetapi, ada tapi juga, untuk anda yang ingin serius dalam menceburi perniagaan online, maka cas sebanyak USD1.95 (RM7+-) akan dikenakan untuk sementara waktu sahaja. Ingat, sementara sahaja ya.
Terdapat 3 jenis account di dalam paypal iaitu:
- Personal
- Premier
- Business
Personal account- Account ini digunakan hanyalah untuk sebarang transaksi kurang daripada $100. Account ini juga tidak memerlukan sebarang debit atau credit card kerana korang tidak boleh cash out duit korang dari paypal. Hanya digunakan untuk shopping di online sahaja.
Premier Account- Account ini adalah untuk mereka dan yang menjalankan perniagaan secara online seperti aku. Transaksi tiada limit dan korang boleh cash out duit yang berada di dalam paypal. Account ini memerlukan debit dan credit card. Card debit yang boleh diterima pakai hanyalah dari bank Al-Rajhi, Public Bank dan juga Maybank. Lain-lain masih belum boleh diterima oleh paypal.
Business Account- Account ini adalah untuk sebuah company yang memerlukan lebih daripada sebuah account. Korang boleh buat lebih daripada 10 account dengan account ini. Aku belum lagi sampai ke tahap ini.
Ok, aku akan terangkan mengenai premier account di paypal. Awal-awal penglibatan aku secara serius dalam blogging ini, aku telah apply debit card Visa Electron yang dikeluarkan oleh Public Bank. Aku meletakkan deposit sebanyak RM50 di dalam account debit card ini. Ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi berlaku semasa verify account untuk paypal. Mudah sahaja apply untuk debit card Visa Electron ini. Hanya mengisi borang!!! Ya semudah ABC hahaha. Seminggu selepas itu aku dipanggil untuk mengambil kad tersebut dan memasukkan duit deposit didalam nya. Kemudian, aku login ke dalam account paypal aku dan memasukkan no debit card yang tertera di hadapan kad tersebut.
Mengenai cas yang dikenakan oleh pihak paypal, bila korang dah tak boleh handle nak cash out duit di dalam paypal itu, cas sebanyak $5 dikenakan bagi setiap transaksi. Ini bermakna, jika di dalam account paypal korang tu ada $100, bermakna korang hanya akan merasa $95 apabila di cash out kan. Kan aku sudah bilang, $5 dikenakan untuk cas cash out. Kira kita bayar service fee la.
Alhamdulillah, setakat ini aku dah berjaya keluarkan 3 kali duit hasil blogging itu yang terdapat dalam paypal. 1st dengan 2nd time aku cash out kan ke Public Bank. Yang 3rd (baru je tadi :P) aku berjaya cash out kan dari Maybank. Huhuhu…Lain beb rasa duit dari US ni. Rasa macam majikan aku berada di US dan bank in duit gaji aku ke Malaysia. Sungguh alam cyber kihkihkhih!!! Tunjukan bukti? Huh, nantilah. Tak baik lah macam tu. Sampai masa, aku tunjukkan bukti-bukti sahih (screenshot) untk korang. Aku pegang janji aku. Korang jangan risau. Korang just perlu bersahaja walaupun ia agak kesusahan untuk diterapkan dalam jiwa kalian…
Sampei ketemu di lain entri…salam dari boy_bersahaje…
Posted in Arena Blogging, Duit punya hal, Featured











nak gak tengok hasil..aku pun baru nak berjinak2 ngan benda alah ni..
Hehehe.Nanti aku buat entri khas untuk itu ya Kay. Bagilah kad jemputan. I’Allah xde ape2 aku mesti datang
fuh..penjelasan yang cukup panjang dari boy..memang bersahaje!
Hahaha, terima kasih abang Yam yang hotai
bro ,kawe nak tanya sikit.. biasanya IM yang jual ebook diorg guna akaun mana bila pembeli bayar dan link download ondaspot dapat terus? ade caj tak?
EP, aku baru je study soalan kau tu. Besela, orang kurang pengalaman cam aku ni memang kene dok menuntut je la :P. Ini pun member online aku (life4hire) yang tunjuk ajar.Untuk IM yang tidak menggunakan paypal sebagai sistem penerimaan bayaran, itu aku tidak pasti. Tapi di paypal, sistem yang kau tanye ni ada terdapat di bahagian Merchant Services/website payment standard.Setiap transaksi pembayaran, paypal akan mengenakan cas seperti ini 2.4% to 3.4% + $0.30 USD. Atau lebih senang kira seperti ini (0.024/0.034 x nilai transaksi)+ $0.30. Harap ini dapat membantu :). Thanks
sori le ko pulak kena study untuk bagi jawapan tu ke aku, ape pun terima kasih bebanyak, penjelasan ko tu dah memahamkan aku, tq, http://rezamohyin.com/wp-includes/images/smilies/icon_smile.gif
terima kasih tuan…
akum, leh belajar?
@fiz_kk, Belajar ape ye?
@fiz_kk, cara nak cari duit sampingan melalui internet.
berminat jugak dapat income dari internet.
paypal memg popular.selalu dengar.
tp tak tau selok-beloknya.
lepas baca entri ni faham skit.
sorg individu boleh ada 2 kad maybank?
@Wan perlis, rasenya tak boleh wan klau nak ade 2 kad maybank. Kenpa nak ade 2 kad?
nak lebih secure..
nak pastikan kad yg ke2 kreditnya hanya rm50.
tkut org hack,curi maklumat.
dunia siber sungguh luas.
@Wan perlis, oh itu macam. yang penting kalau tak nak kene hack, pastikan tiada sebarang kecuaian memberi no acc dan juga no kad kepada mereka yang tidak bertanggungjawab. I’Allah tiada kecurian yang akan berlaku. Kalau nak ade 2 kad debit atau lebih boleh. Buat 1 kad maybank, 1 kad public bank dan satu lagi kad al-rajhi. Nak lagi banyak, kalau dah ada gaji tetap, buat credit card. Berpuluh-puluh kad wan boleh mohon untuk menghindarkan dari di hack oleh hackers.
cari duit sampingan.nak gak bersahaje
salam tnQ bro…….. semua, ilmu ni Alhamdulillah………..
Same2