Blog:Bagaimanakah untuk memikat hati pengiklan?
Posted by boy_bersahaje on December 20th 2009Kebagusan sesebuah blog adalah datang nya dari beberapa faktor yang kita perlu ketahui. Sesuatu blog yang mantap mampu untuk memikat hati pengiklan untuk mengiklankan produknya di blog kita walaupun blog tersebut masih mentah untuk di ukur dengan blog-blog yang sudah lama bertapak. Mengapa? Ini disebabkan pengiklan juga adalah manusia yang sama seperti kita; tahu menilai dan menghargai sesuatu yang berharga. Lapangkan minda dan pemikiran korang untuk meneruskan pembacaan entri kali ini yang aku buat sewaktu keseorangan di rumah ditemani ngauman kucing, desiran kipas dan ketukan keypad keyboard :).
Advertising atau pengiklanan adalah nadi utama penjanaan duit dari blog. Tanpa pengiklan tidak mungkin kewujudan blog akan mencecah hingga berjuta-juta bilanganya di internet. Percaya atau tidak, dalam masa sehari sahaja, ribuan domain akan expired dan ribuan blog juga akan lahir dari hari ke hari. Peluang ini lah yang kita tak nampak sedangkan ia berlaku di depan mata kita. Cara yang betul, Insya-Allah akan dapat membantu kita untuk memikat hati pengiklan. Tapi bagaimana? Pertama sekali, perkara yang paling penting yang perlu ada dalam sesuatu blog adalah contents. Blog yang bagus adalah blog yang mempunyai isi kandungan yang unik. Aku pasti ada juga antara kamu yan kurang pasti apa itu isi kandungan yang unik. Unik bermakna lain daripada yang lain dalam erti kata lain adalah tiada yang sama. Contents yang unik atau tidak mencerminkan attitude seorang blogger. Blogger yang bagus tidak akan copy dan paste hasil penulisan orang lain yang juga di panggil plagiat atau cetak rompak. Bagaimana untuk mengetahui sesuatu tulisan adalah unik atau tidak? Sila layari CopyScape.com. Laman ini menyediakan servis percuma untuk mengenal pasti sama ada sesebuah blog itu mempunyai contents yang unik atau tidak. Maka, perbuatan ciplak contents sangat mudah untuk dikesan oleh pengiklan :).
Kita teruskan lagi, apakah ciri-ciri lain yang diminati oleh pengiklan? Sememangnya appearance. Appearance antara ciri terpenting untuk menarik minat advertiser, macam cinta pandang pertama la kan. Theme atau template yang sangat professional adalah ciri-ciri untuk menambat hati para pengiklan. Apakah ciri-ciri pro yang aku maksudkan tu? Berikut adalah yang telah di kenal pasti:
1) Mempunyai google adsense
2) Mempunyai iklan affiliate yang selaras dengan niche blog tersebut
3) Tiada unsur-unsur peribadi seperti gambar-gambar personal atau nota-nota luahan hati
4) Theme atau tema yang selaras dengan niche selain kekemasan.
5) Bebas daripada iklan yang di keluarkan dari negara Asia Pasifik.
6) Bebas dari icon-icon kebudak-budakan atau senang cakap icons yang cute2.
So, 2 ciri-ciri di atas itu adalah ciri-ciri yang teramat penting yang perlu korang pastikan sebelum memulakan langkah marketing :). Insya-Allah, aku akan sentiasa berikan lagi tips-tips yang tidak seberapa dalam arena blogging khas untuk tatapan korang semua :). Ada apa-apa pertanyaan atau cadangan? Jom kita borak kat ruang bawah tu…Salam bersahaje dari boy_bersahaje
Posted in Arena Blogging, Featured












aku register adsense tak lepas2,nape ek?
Kay, mungkin kerana masa kau apply, contents belum cukup lagi kat blog tu. Yang penting ko kene terus apply sampai di approve. Jarang tak dapat melainkan kau pernah kene banned.
boy,ko x de buat servis menyolekkan blog ke?lg satu ttg permasalahan ttg unik itu sendiri….bila kita buat entry terbaru kat blog….kita pun submitt kat social bookmark kan?tu kira mcm mn plk…contents yg serupe kita submitt pd byk tempat…mohon pencerahan….baru nak mula blogging ni-tgh semangat berapi2 ni…wahkahkahkah.
Huhu, soalan yang best. Itu masih dikira unik contents bro. Pasal yang kita submit kat social bookmark pun artikel dari kita dan advertiser paham akan situasi ini. Jadinya, bagi kawan tiada konflik yang akan berlaku dek kerana article kita terdapat di social bookmark. Itu adalah yang terbaik dan advertiser mungkin lebih pakar dari kita. Jadinya, teruskan usaha bro. Kawan sentiasa di sisi
allow boy,tq 4 reply…lega hati aku.soalan ttg servis “solekkan” blog tu mcm mn?ada buat x?.. dan berbalik pd ttg keunikan contents tu klu submitt ke blog directory,mcm mn plk?…….klu di article directory mesti berbeza yg ada kat blog kita kan?(ni dua tempat yg berbeza ni,satu kat blogdirectory….satu lg kat articledirectory)dan terimakasih kerna menjwp.
Servis solekkan blog tu memang ada bro, just sekarang ni ada 2 job pending yang x settle lagi. Bagi soalan blog directory, setahu saya kita just submit URL blog sahaja kan? Kalau ada pun contents kita di situ disebabkan RSS FEED, advertiser akan tahu. Untuk article directory pula seperti ezinearticles.com, kita hanya menghantar article yang tiada dalam blog. Fresh article yang kita tulis. Bukan kita copy dari blog dan paste ke article directory. Harap kawan telah menjawab soalan bro tu :).
oooo….itu mcm,yelah bila dah bermula baru tau mcm mn perjlnannya yg sebenar…tu yg aku gelabah2 kucing yg nak melintas jalan….boy,nnt ko sms kat aku bila ko dah free,aku nakkan servis tu dan sebutkan maskahwinnya sekali….ni niche travel…dah sah2 aku kena tunggu sampai tahun depan …perghh lamanya…wahkahkahkah
Boy, nak mintak bro tolong komen sikit pasal theme yang saya guna dekat site saya ni boleh tak?? Blog tu belum letak iklan sume tu lagi cuma nak mintak bro tolong komen pasal theme die..
Sesuai tak untuk niche weight loss tu?? Ni links site tu: http://cocabom.info/
Tq
Isk, mana komen den ni.. Tak keluar pulak.. Boy, mintak komen pasal theme blog aku ni boleh tak?? Agak-agak sesuai tak??
Ni site tu: http://cocabom.info/
owh…. nie tips yang WAJIB dilaksanakan ke arah blog yang lebih profesional….
Betul tu. kasi boost up sket niche blogs kita tu. Huhu
ko dapat income dari blog berapa sebulan?
mesti masyuk ni.
camna income tu dimasukkan?bank in ke akaun bank?
Bolehla wan. Belom tahap pro lagi. Sekadar dapat tampung perbelanjaan aku belajar kat Unimap ni. Kebanyakan duit akan masuk ke dalam akaun paypal. Dari paypal baru transfer ke maybank. Kau dok Perlis kan? Aku dok kat kuala perlis. Ada masa leh jumpe borak2