pakej-lengkap-linkbuilding

Apa itu blog, blogger dan blogging?

Posted by boy_bersahaje on July 24th 2009

‘Sikit-sikit blog, sikit blog!!! Naik rimas aku’ ‘Blog? Apa tu? Website ke?’ ‘Kau tak kerja? Jadi blogger je? Biar betul? Leh ke hidup dengan duit blog sahaja?’

OK, hendak di ikutkan sebenarnya, perkembangan blog di Malaysia sahaja adalah sangat pesat. Terlalu banyak blog yang dah muncul semenjak 1-2 tahun kebelakangan ini. Di tambah dengan kemelesetan ekonomi dunia pada waktu ini, menyebabkan rami masayarakat Malaysia beralih pandangan pada blog untuk menjana pendapatan sampingan. Satu hari kalau dapat dalam RM30-RM50 pun duit juga kan? Bagi aku, blog adalah pendapatan sampingan yang banyak membantu dalam kehidupan harian. Ingat!!! Pendapatan sampingan ya, bukan menjadi kaya raya.

Blog adalah hampir menyamai web tetapi penggunaanya adalah jauh lebih mudah dari web. Sama ada untuk update isi kandungan mahupun appearance. Kebanyakan blog pada awal-awal pengenalanya digunakan untuk menyampaikan luahan hati, diari, pendapat dan juga kisah kehidupan seseorang. Kini, blog digunakan sehingga ke tahap menjana pendapatan. John chow adalah antara pro blogger yang terkenal di dunia selaian Rohaizad, yang lebih popular di arena blogger Malaysia. Mereka ini hidup hanya dengan pendapatan dari Blog sahaja. Bagaimana mereka melakukan ini semua? Kata tadi, blog ini hanya dapat buat pendapatan sampingan sahaja? Bukankah aku dah mention kat atas tadi yang blog ini hanya memberi pendapatan sampingan ‘Bagi aku’? Haaa… Sekarang, aku tidak akan cerita dulu bagaimana mereka boleh hidup hanya dengan ber blogging sahaja :).

Apa pula blogging tu boy? Blogging adalah kata kerja untuk blog. Mean, apa jua perbuatan yang berkaitan dengan blog. Tengah update blog ke, mencari duit dengna blog ke, menghias blog ke; yang penting blog! Blogger pula dalah kata nama untuk seorang yang menghasilkan blog. Contoh nya, engineering adalah kejuruteraan, engineer pula dalah jurutera. Mudah kan?

Itu saja untuk tika ini. Kalau nak tambah ke nak protes ke, sila lah ye. Ruang komen tu sentiasa terbuka untuk anda. Yeba-yeba…

Posted in Arena Blogging, Featured

Comments

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.