Damailah kau di sana
Posted by boy_bersahaje on October 2nd 2009Alhamdulillah, semoga kalian sehat dan berbahagia bersama keluarga dan rakan tercinta. Berbaktilah pada mereka yang masih hidup ini dan redha la pada yang telah pergi meninggalkan kita selama-lamanya :).
Pada entri yang lepas, aku ada menceritakan sedikit sebanyak berkenaan dengan rakan sekelas ku yang sedang koma di hospital akibat kemalangan di sebatang jalan di Johor. Pada 30 September 2009, aku telah bergegas bersama-sama krew dari Unimap untuk menziarahi beliau. Ayan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 29 September 2009 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Akibat daripada komplikasi di bahagian otaknya. Al-fatihah…
Seorang yang tidak pernah marah dan sentiasa menceriakan suasana tidak kira di mana pun. Arwah adalah antara rakan yang rapat dengan aku semasa belajar dan juga selepas belajar. Selalu aku dengan dia pergi lambatĀ ke kelas. Dia akan bonceng aku dengan menaiki basikal sambil menyanyi sebelum sampai ke kelas. Bila duduk di belakang, biasanya kiteorang akan berborak. Kadang-kadang tu, arwah buat lawak yang buatkan aku mesti tak boleh nak handle untuk gelak besar. Peribadinya yang sangat bersahaje dan ceria itu sedikit sebanyak mempengaruhi corak pergaulan aku dalam kehidupan. ‘Boy, kita bukan belajar dari kelas tapi kita belajar dari kesilapan.’ Itu lah ayat yang sentiasa dikeluarkan dari mulut arwah semasa aku sedang khusyuk mendengar lecture dari lecturer di dalam kelas. Itu bermakna, arwah mengajak aku untuk berborak denganya :). Nakal, tapi sangat menyenangkan.
Masa di padang futsal, aku dan arwah biasanya akan berganding bermain di posisi defence. Tapi aku akan naik bila serangan di atur. Tapi arwah defence yang kental. So aku tak risau bila mana aku dah naik tapi tak turun lagi bila kena counter attack dengan opponent. Aku cepat pancit :P. ‘Boy, turun la!’ Jerit arwah dan aku hanya tergelak bila dia dalam keadaan kelam-kelibut mengawal situasi untuk mematahkan serangan lawan. Kelakar, memang kelakar.
Di kolej, arwah selalu beli goreng pisang untuk kite orang hampir setiap petang. Arwah tak boleh berlapar sangat. Dia kerap makan tapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Lepas makan, kiteorang akan bermain bola padang. Kecoh padang di buatnya. Ada sahaja modal untuk pekena orang. Balik dari bermain bola, sebelum mandi sempat berborak dalam biliknya sambil mendengar lagu yang diminatinya. Arwah adalah seorang yang suka menyanyi. Pantang jumpe lirik, mesti mengajak aku nyanyi bersamanya :).
Bila tamat pengajian, arwah selalu menjenguk aku di restoran tempat aku membanting tulang. Biasanya, dia akan datang dalam lingkungan jam 2pm. Makan tengahari. Lauk yang di ambil mestilah kepak ayam masak kicap dan air teh-o-panas gelas besar. Aku dan dia selalu borak dan mengadu nasib disebabkan kami sahajalah yang belum mendapat pekerjaan dibandingkan rakan-rakan sekelas yang lain. Lebih kurang 6-7 interview aku dan arwah pergi bersama. Tapi semuanya kecundang hahaha. Kelakar bile mengenangkan peristiwa tersebut. Kadang-kadang, tidur di rumah aku semata-mata untuk bermain futsal pada keesokan malamnya. Tapi kami sempat bermain 2-3 game je bersama setelah arwah mendapat kerja sementara sebagai guru sandaran.
Walaupun bekerja, arwah tetap menjenguk aku di restoran. Kami makan bersama.Kadang-kadang mak aku pun join sama gelak-ketawa. Sebab itu, mak aku tidak boleh melelapkan mata pada malam arwah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Mak aku cakap, mak aku sentiasa terbayang senyuman arwah yang manis tu. Luluh hati aku mendengarnya. Kali terakhir aku berjumpa dengan arwah adalah semasa hari terakhir aku sebelum bertolak ke Perlis. Aku mengajak arwah untuk sama-sama melanjutkan pelajaran tapi arwah kata ‘Belum sampai nur lagi’ sambil melemparkan senyuman kepada aku. Sampai sekarang aku masih ingat lagi kata-katanya itu
Lagi 2 hari nak raya, arwah ada menelefon aku menyatakan hasrat untuk bertemu. Aku dengan sabarnya menunggu. Tapi arwah kepenatan dan menyatakan kita akan berjumpa di hari raya nanti…Betul la, ternyata apa yang arwah cakap menjadi kenyataan. Aku dan rakan-rakan lain memang pergi melawatnya di hari raya tapi dalam makna yang jauh berbeza. Melawat arwah dalam keadaan serba putih di pembaringan. Situasi yang penuh dengan kehibaan dan suram.
Air mata aku jelas tidak dapat di tahan semasa jenazah arwah telah sampai di rumahnya. Ya Allah, rasa masih tidak dapat menerima hakikat. Terkenang kembali saat-saat kami bersama. Sekejapnya kau meninggalkan aku, meninggalkan suasana dan kenangan indah kita bersama. Tapi, apa yang ada di hapadan aku ketika itu hanyalah sebujur jenazah yang menanti untuk masuk ke alam yang baru…Semasa sembahyang kan arwah, memori silam tidak henti-henti bermain di fikiran aku. Aku tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata. Di tambah lagi dengan gambar arwah bersama keluraga tepat di hadapan aku menambahkan lagi kesedihan di hati.
Ayan, tiada apa yang perlu aku maafkan dan tiada apa yang perlu aku halalkan. Persahabatan kita sesuci senyuman kau. Tiada sedikit pun kesalahan yang kau lakukan kepada aku sepanjang tempoh perkenalan kita. Aku terlalu rindukan kau Ayan. Hanya tuhan tahu betapa hiba hati aku bila kau pergi meninggalkan aku dengan keadaan mengejut begini. Damailah kau di sana…Al-fatihah

In memory Muhamad nor Azhar Bin Abdullah (Ayan) 1985-2009
Posted in Diari











Innalillahiwa `Inna Ilaihi Ro’jioun… alfatihah.
p/s: semoga rohnya dicucuri rahmat.
innalillah..Allah lebih sygkan arwah..be strong bro..AL-Fatihah
i’m crying dear :’(
takziah…
takziah bro..
tulah tandanya kiamat semakin dekat..ramai org baik mcm sahabat bro dijemput pulang awal oleh Allah..
innalillah..