Tiada apa yang lebih menggembirakan Aidilfitri kecuali…
Lebih baik dari Aidilfitri yang lepas…
Setiap kali hendak menamatkan bulan Ramadan, pertama sekali hati aku akan bermonolog, macam tak ada apa-apa perubahan. Hurmmm…Sedih bila kenang kan itu semua. Tapi, aku sebagai manusia yang memang tidak belajar dari kesilapan, ini lah akibatnya. Kalau tahun lepas, aku mengharapkan dapatlah bagi duit raya kat anak buah, tapi ternyata itu semua khayalan sekali lagi.
Dan tahun ini, aku berazam lagi akan bagi duit raya untuk mereka bila time raya; next year. Harap nya dapatlah jadi kenyataan. Aku juga punyai cita-cita macam kamu orang. Nak jadi jurutera. Even jurutera fresh pun, asalkan jurutera. Bagi yang dah dan sedang merasa menjadi jurutera, aku tahu mesti kamu orang tak rasa special. Sebabnya kamu orang dah merasakan nya. Silap-silap, kamu orang rasa yang pilihan menjadi jurutera adalah satu kesilapan yang telah dibuat di masa lampau. (more…)
Setiap hari, kita akan sentiasa belajar dari kesilapan. Bukan setiap hari tetapi, hampir setiap masa (bagi mereka yang benar-benar sedar). Memang setiap manusia dikurniakan pelbagai kelebihan di antara satu dengan yang lain. Ada yang pandai berbudi, ada yang pandai berbahasa. Tidak kurang hebat yang selalu merendahkan diri dalam semua aspek kehidupan.
Penahkah kamu orang mendengar pepatah: Sembunyikanlah kebaikan sama seperti kamu menyembunyikan keburukan diri mu
Adakah kebaikkan itu hanyalah semata-mata narrow kepada sedekah, solat dan beribadat?
Tetapi, aku suka mengingatkan diri aku bahawa, kita bukanlah yang terbaik dan terbagus. Kalau hari ini, boy_bersahaje menceritakan tahap kebijakkan dalam mendominasi google, tidak mustahil, satu hari nanti boy_bersahaje akan bercerita kisah web nya yang ditampar oleh google! (more…)
Aku mendapat gambar dan artikel ringkas ini di facebook. Thanks pada Hilmi Halim kerana sudi berkongsi untuk kebaikkan bersama di Facebook dalam memilih jodoh :D. Jom kita baca artikel yang ringkas tapi sangat-sangat terkesan ini. (more…)
Aku baru dengar lagu Sungai Lui dari Aizat. Tak silap 3 hari lepas. Tapi fruiheart aku cakap, lagu ni dah lama kat radio. Adeh! Nampak sangat aku dah jarang drive sejak 2 menjak ni. Hehehe. Its ok, atleast aku dapat juga dengar lagu yang terbaik ni.
Aku ada tanya juga, Sungai Lui ni kat mana, fruitheart aku cakap dekat Selangor. Hebat betul. Disebabkan lagu, aku nak sangat pergi ke Sungai Lui. Mana kan tidak, lagu sesedap ini terhasil inspirasi daripada Sungai Lui. Uhhh..
Uhhh…Tinggal lebih kurang seminggu kita akan menyambut hari raya; kalau diizinkan oleh-Nya. Tetapi, sedar tidak sedar, sebenarnya kita semakin menghampiri ke penamat Ramadan-Al-Mubarak. Bagaimana persiapan kamu orang dalam menghabiskan sisa-sisa Ramadan yang entah jumpa lagi entah tak untuk tahun depan? Aku percaya, kamu orang sedang menghabiskan masa untuk 10 malam terakhir yang memberi 1001 kebaikkan kepada kehidupan.
Pada malam Ahad lepas, setelah siap menunaikan solat Magrib, aku, fuirtheart dan kakaknya telah meringankan kaki untuk berjalan mencari makanan serta baju untuk anak saudara fruitheart. The Store tempat kami berjalan. Satu tu sahaja lah mall yang paling ngetop di Kangar :). (more…)