Blogger Kental
written by boy_bersahaje on August 17th 2010Kental kah aku sebagai seorang blogger? Ingat satu sahaja, kental bermakna anda berani, tidak ambil peduli, berwawasan dan mempunyai pendapat yang jarang tergugat. Walaupun ada beberapa cara dan jalan yang aku telah berusaha untuk mendapatkan duit secara online, tetapi blogging juga yang menjadi pujaan hati aku. Mungkinkah ini namanya takdir yang aku berada di dalam senarai Blogger Kental? Ebay, affiliate, Internet Marketing semua aku dah pun mencuba. Pengalaman adalah sedikit sebanyak. Kira tidak segan kalau hendak berborak. Tapi…tapi hati aku bukan pada itu semua. Hati aku hanyalah pada blogging. Walhal, aku bukanlah Pro-blogger seperti John Chow tapi impian menjana pendapatan seperti beliau mungkin tersirat jauh di lubuk hati aku. Kamu orang tidak pernah terfikir ke, hanya duduk di rumah berdepan dengan komputer 2-3 jam SEHARI sudah boleh menampung kehidupan?
Kamu orang jangan lah pula fikirkan yang aku ini hanya berblogging dengan blog melayu ini sudah mampu menjana pendapatan. Ini blog, hanyalah untuk luahan peribadi aku, blog untuk aku bersantai dan mencari kenalan atas talian setelah aku berjuang di arena Antarabangsa. Mana bisa blog yang bersahaje begini, dengan traffic pun ‘alahai’ cenonet sudah buat kan aku bergoyang kaki. Tidak bisa. Ingat, industri blogging sebenarnya dalah sangat luas. Lebih luas dari industri perfileman di Malaysia!!! Tidak percaya? Kamu orang akan percaya setelah mendalami dunia ini.
Tidak banyak yang aku angankan dalam arena blogging ini. Asal dapat bayar hutang, bayar duit rumah, duit kereta, bil api air astro telefon streamix, makan minum, melancong, shopping dan segala hal-perihal kemanusiaan pun jadila kihkhihkhih. Bukankah kita perlu berangan dan dengan angan-angan itulah yang membuatkan segala fantasi jadi realiti? Hari-hari aku melihat nota kecil di atas papan kenyataan di hadapan meje komputer aku (aku belum mempunyai laptop ye rakan-rakan) yang tertulis ‘Aku mesti dapatkan RM3000 Sebulan hasil dari blogging!!!’ dan ia menjadi kenyataan. Inilah yang dinamakan tindakan separa sedar. Hurmm…berangan tanpa perlaksanaan mana bisa ia jadi kenyataan! Lihatlah hasil di bawah setelah aku berusaha mendapatkanya.
Bulan Ogos 2009

Bulan August 2009
Seronok bukan? 3 bulan aku berhempas pulas dan hasilnya adalah seperti di atas. Ingat ya, ini bukan skim cepat kaya. Ini bukan pelaburan saham, forex, MLM atau pun perusahaan menjual buku elektronik. Tiada landing page, adwords, kata-kata manis, janji-janji palsu, tiada istilah ’10 hari menjana RM200,000.00′ tiada istilah ‘Duduk sahaja dan orang malas pun boleh dapat income ribu-ribu dengan membeli produk ini’ tiada semua itu. Percayalah! Yang ada hanyalah diri aku dan juga blog-blog yang aku sangat sayang. Tiada menipu dan tiada ditipu. Inilah keindahan dunia blogging. Hanya aku dan dia sahaja… Siapa dia? Itulah dia…
Aku selalu menekan kan teknik dan usaha adalah segala-galanya dalam mengejar kejayaan dalam dunia blogging mahupun lain-lain arena. Ada teknik tidak berusaha atau pun, ada usaha yang gigih tanpa teknik yang betul pun boleh membantutkan kejayaan tersebut. Aku menuntut segala-galanya disini. Aku bukanlah sifu untuk kamu orang menuntut. Sifu aku dari Kampung Melayu Johor Bahru. Rohaizad dan Dunia Blogging nya mewujudkan Southern Blogger yang KENTAL!!!
Target aku? Semestinya menjadi blogger yang paling bersahaje di Malaysia mahupun di dunia. Nama pun dah boy_bersahaje kihkihkih. Aku target sebelum berakhirnya tahun 2009, aku mesti capai RM10K atau lebih hasil dari blogging. Mampu ke tidak, itu bukan persoalanya. Buat apa aku memikirkan tidak mampu? Aku punyai 4 bulan lagi. Arghhhh!!! Persetankan bulan-bulan itu. Dengan izin Allah, aku akan menghadiahkan kepada boy_bersahaje (aku lah) sebuah DSLR tepat 31 Desember 2009.
Wallahualam.
———————————————————————————————————————————————————————
Income updated untuk bulan January 2010. Ke semua income ni 100% dari hasil blogging. Ada duit yang masuk pada awal February untuk kerja-kerja bulan January seperti TNX ($23) dan TLA ($40). Total semua $638.50+$23+$40= $701.50


Alhamdulillah, lepas juga duit kereta :). Semoga kamu sentiasa bersemangat untuk menjana duit dari Internet. Nothing impossible!










