buka-puasa-13

A’kom rakan-rakan sekalian. Harapan aku agar kamu orang sehat dan segar-bugar di samping yang tercinta di bulan mulia ini. Huh!!! Hujung minggu yang sangat bererti untuk bulan ini (Sept 09) Berjalan dengan fruitheart di samping berjumpe dengan rakan blogger yang hotai (Bukan hutan!!!) Bukan apa, kadang-kadang minda kita ni juga perlukan rehat dan have a fun. Nanti boleh jadi tak betul kalau sentiasa je dengan suasana yang serius. Enjoy dengan fruitheart memang sangat-sangat menyeronokan. Tengok dia happy dengan barangan yang dibeli di Ibu Negara tempoh hari. Balik dari berjalan, kita orang pergi ke Pantai Dalam membeli juadah berbuka. Sampai ada air seringgit dapat 3 pun di jual di situ. Sedap? Ha lu pikirla sendiri. Kihkhihkhih. Terima kasih pada Yam yang telah entertain kami sekeluarga di samping memberikan aku beberapa tips yang sangat berguna dalam dunia blogging ini. Yam ni pun antara blogger tulang belakang negaraku.net. I’Allah, kalau tiada aral-melintang aku akan lepak 1-2 hari dengan Yam setelah habis raya nanti. Adalah beberapa perkara untuk  dibincang dan dilaksanakan dengan beliau. Apa lagi kalau bukan cerita online nya hal la. Kihkihkhih.

So, keesokan harinya(06 Sept 09), aku ada lagi function yang perlu di hadiri. Gathering blogger dari ‘Forum dunia blogging’ dibawah kelolaan Rohaizad.com Pada keesokan harinya, aku bangun tido tepat jan 3.30pm. Itu pun pasal Ijad call. Kalau tidak, masakan aku terjaga dari tidur yang sangat mendamaikan itu. Buat pengetahuan korang, gathering di adakan di Johor Bahru, aku pula di KL. Nak tak nak, aku terpaksa bergegas siap untuk pulang ke JB. Huh, berbuka pada jam 7.10pm. Aku ade mase 2-3 jam sahaja untuk perembat kereta kesedaran civic aku itu. 365km jarak antara KL dan JB. Setelah melambaikan tangan dan membuat ciuman terbang kepada fruitheart aku, aku terus berdezup memecut kenderaan aku dengan sangat bersahaje.

Tanpa memikirkan ‘Surat Cinta’ dari PDRM, aku menekan pemicu minyak sehingga 160-180km/hour. Aku target, 2 jam setengah dah boleh sampai JB. Kerana, itulah rekod peribadi terbaik aku sepanjang di litar PLUS. Sesampainya di area Pagoh , ‘Alamak, lalu-lintas gak perlahan pula’ detik hati aku. Aku terpaksa memakai ilmu ‘Zig-zag’  yang mampu buatkan aku lebih pantas ke hadapan. ‘Arghhh!!! Lagi setengah jam je’ pada waktu itu jam berdetik tepat 6.40pm dan aku telah berada di daerah Ayer hitam. Alhamdulillah, traffik di kawasan tersebut amat membanggakan. Habis semua CLK, 350z, M6, Cam-pro dan pelbagai variasi kereta  telah aku cilok!!!

Tepat jam 7.05pm, aku telah berada di hadapan Tasik Merdeka Johor Bahru. Huh, semangat juang aku boleh tahan tinggi jugaklah :) . Aku disambut meriah oleh Ijad sambil berkata ‘Kau ni boy, kan aku dah cakap kol 6pm semua berkompol, apa la nak jadi dengan kau ni’ aku tunduk kelayuan tanda bersalah. Sampai sahaja di meja kami, azan terus berkumandang. Aku membaca doa lalu meneguk air sirap bandung. Huh…Lega dapat teguk air sejuk, sesejuk hati aku bila melihat rakan-rakan blogger lain yang riang menjamu hidangan. ‘Boy, makan kambing ni, aku saje ambik lebih untuk kau. Aku pun bukan boleh makan banyak-banyak’ kata Shaffik dengan hati mulia. Habis aku telan semua, then kepala aku mantol. ‘Damn!!’

Ikuti laporan dan pelbagai gambar sepanjang gathering kami yang sangat sempoi di Dataran Bandaraya Johor Bahru di sini.

Tajuk yang bersahaje untuk dibaca

Posted by boy_bersahaje On September - 7 - 2009 Arena Blogging Bersahaje Diari Featured

13 Responses to “Report: Edisi beriadah di hujung minggu”

  1. rohaizad says:

    Hoiii… giler kuasa apa gambar besor giler … apa kes? Hahahahah!

    [Balas]

  2. pergh..tak lama lg banyak la surat cinta dr PDRM…speed trap banyak siot jalan nak gi sana…selamba jer diorang sorok blakang tiang flyover…aku nk gi melaka ari tuh pn bawak abes pelan…haha

    [Balas]

  3. rohaizad says:

    Takper… boy ni memang suka buat amal.. suka menderma.. hahaha

    [Balas]

  4. boy_bersahaje says:

    Mari buat blog: Ye je ko ni Yam, aku x nampak pn diorang sembunyi. Kihkihkhih. Minta2 la di jauhkan dari dapat surat cinta (niat aku baik bawa lelaju tu :p)

    Rohaizad: Hehehe amal jariah pekemendenye Ijad oi. Habis aku kene perembat ngn boss. Kihkihkhih

    [Balas]

  5. ash says:

    yunk..xpenah dapat “surat cinta” sekali sekala dapat ape salahnyer hehe…
    ney penah da…lawa tu ade bunga2 siap ;p

    [Balas]

  6. Shaffik says:

    Harap2 tak der surat cinta laa yer…tapi aku ada konfius sikit ngan ayat ko ni “Terima kasih pada Yam yang telah entertain kami sekeluarga di samping memberikan aku beberapa tips yang sangat berguna dalam dunia blogging ini.”

    Entertain kami sekeluarga tu maksud apa yer? ko jumper ngan yam sekeluarga ker? atau ko dah berkeluarga? uik..tak cakap pung..

    [Balas]

  7. boy_bersahaje says:

    Ash: Janganlah camtu sayang… Tak beraya la ling :(
    Shaffik: Shaffik, inilah yang dinamakan ayat hype :p. Maksud keluarga di situ adalah saya dan fruitheart. Kihkihkihkih

    [Balas]

  8. kay says:

    bahaya dowh bawa laju2..hati2 la bro,ko belum kawen lagi..

    [Balas]

  9. boy_bersahaje says:

    Betol tu kay. Ingat yang tersayang kan? Tapi, klau dah kahwin dapat lesen la eh bawa lelaju? Kihkihkihkih

    [Balas]

  10. wanmus says:

    giler ar 2 jam setengah JB-KL..mau tercabut enjin aku rasa..a

    [Balas]

  11. boy_bersahaje says:

    wanmus: Dah nak tercabut pin mus, tapi aku sempat tahan dia. Kalau x, memang x dapatlah kite berbuka same aritu kihkihkih

    [Balas]

  12. Nabieel SR says:

    Wah..bergambar kat tempat hantu lilin..hehehe

    [Balas]

    boy_bersahaje Reply:

    @Nabieel SR, Ish menakutkan je. Time ni bulan Pose. So hantu2 ni xde. Hahahahaha

    [Balas]

Leave a Reply