pakej-lengkap-linkbuilding

Pembentangan Bajet 2010: Penantian yang penuh debaran!

Posted by boy_bersahaje on October 22nd 2009

bajet 2010Aku sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa mengharapkan revolusi kepada pembangunanan dan kemodenan negara ini akan sentiasa berdebar apabila tiba waktu pembentangan Bajet negara. Korang pun tahu, bajet kewangan adalah yang menentukan hala tuju pentadbiran serta kemajuan negara kita. Aku suka ibaratkan bajet ni seperti bajet sesebuah family. Kita boleh lihat kecenderungan sesebuah family adalah disebabkan pengaruh sistem kewangan mereka. Apa maksud aku tu? Sebagai contoh, family yang mementingkan pelajaran, hampir ke semua peralatan, perkakas, rutin harian malah idelogi mereka adalah ke arah pendidikan. Ada juga family yang cenderung kepada muzik, travel, fashion dan sebagainya. Kalau aku, family aku adalah lebih cenderung kepada perniagaan. Ketua sesebuah institusi memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan hala tuju dan kejayaan anak-anak buahnya.Klau time Pak Lah dulu memerintah, negara kita banyak fokus pada industri pertanian. Maka, banyaklah peluang-peluang pekerjaan dan kemudahan kewangan dari sektor tersebut seperti loan, seminar-seminar dan juga usahawan. Maka tidak hairanlah kolam-kolam ikan keli, kebun-kebun lada merah dan sebagainya begitu membangun sewaktu pemerintahan beliau.

Ada beberapa sumber yang aku baca menunjukan Bajet 2010 kali ini akan lebih memfokuskan pada rangsangan ekonomi seperti di Pusat Maklumat Rakyat dan juga Utusan Malaysia. Berikut adalah sedutan yang menarik yang aku sunting dari kedua-dua sumber…

Pusat Maklumat Rakyat

Bajet 2010 akan memberi penekanan terhadap langkah merangsang pertumbuhan ekonomi berasaskan sektor perkhidmatan ke arah mengubah Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi…

Utusan Malaysia

Kerajaan berjanji Bajet 2010 yang akan dibentangkan pada 23 Oktober ini merupakan bajet berhemat yang akan memberi impak kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan masyarakat luar bandar.

Kedua-dua sumber telah menyatakan bahawa, Bajet 2010 ini banyak memfokuskan pada sektor perkhidmatan dan juga kepada golongan luar bandar selain menarik dengan lebih banyak lagi FDI (pelabur asing) melabur di negara ini. Kemelesatan ekonomi global baru-baru ini menyebabkan hampir 50-60% FDI hilang dari melabur ke negara ini. Ini adalah perkara yang membimbangkan. Mungkin, dengan Bajet 2010, segala-galanya akan terjawab bagaimana kerajaan kita mengatasi masalah tersebut.

Bukan apa, aku ni adalah salah seorang daripada ribuan penuntut ilmu yang bertuah mendapat tajaan dari Bajet Mini yang telah di laksanakan oleh kerajaan kita pada bulan Mac 2009 . Oleh itu, aku sangat teruja dan menanti dengan penuh debaran untuk Bajet 2010 ini. Secara kasar, kita akan dapat menilai apakah peluang-peluang dari segi perniagaan dan juga sektor industri yang bakal di buka dengan luasnya untuk tahun hadapan. Bagaimana pula nasib pengusaha perniagaan Internet, pengusaha kecil dan sebagainya untuk masa akan datang?

Mudah-mudahan, pembentangan Bajet 2010 ini akan memberikan kepuasan kepada semua golongan masyarakat di Malaysia ini. Salam bersahaje :)

Posted in Bersahaje, Diari, Featured

Comments

  • reezluv reezluv http://reezluv.com Posted on: October 25, 2009 at 12:51 am

    sekali baca dah macam review bajet plak..haha..ala-ala Ally gitu..kkekeeke

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: October 25, 2009 at 6:15 pm

      Hahaha, tukar angin masuk ekonomi plak :p

  • bonneyan13 bonneyan13 http://www.drcobbler.net Posted on: October 25, 2009 at 11:37 pm

    suatu en3 yg serius.
    pd aku,ttg isu bajet dan sape yg mengepalai negara ni,nasib peniaga2 kecil serupe je dr dulu
    dan aku dah muak nak dgr pakej2 yg ditawarkan oleh gomen utk golongan peniaga2 kecil.
    mujurlah aku diperkenalkan kpd satu dunia yg cukup cooool dan relaxxxx!!!

    sori boy….melpskan emosi yg terbuku di hati,di sini sbb blog personal aku lum siap……..wahkahkahkah

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: October 26, 2009 at 12:02 am

      Xpe bro, kawan paham. Kawan pun alebih kurang cam awak je bro. Maalah peniaga kecil yang ketindasan ni. That’s why kite mencari alternatif lain :).

      p/s: Bila nk komen kat blog brader plak ni;)

  • dr.aku.la dr.aku.la http://dr.aku.la/ Posted on: October 26, 2009 at 12:27 am

    aku tertarik kat satu bende “…perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan 10 megabit sesaat akan disediakan di kawasan terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor menjelang akhir bulan Mac 2010…”

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: October 26, 2009 at 12:40 am

      Memang best klau camtu. Just xnk lah after upgrade still jadi mende yang same. Lagi pun untuk mereka yang dudok luar dari kawasan tu pun nk merasa jugak nikmat kelajuan ternet 10 MB/saat. harap-harap apa yang di bajetkan tu tercapai!!!!

  • chiki chiki Posted on: May 02, 2010 at 9:18 pm

    Assalammualaikum en Reza..just terlalu kat blogsite ni..ingin tahu, adakah bajet mini ni telah dilaksana ataupun telah dibatalkan? ada tak laman web yg menyenaraikan semua agenda terkandung dlm mini bajet ni? sebab, tahun lepas time org duk bentang bajet ni, saya ada terlihat sekali lalu tentang bajet di mana graduan pada tahun 2010 yg meminjam dengan PTPTN dan graduate dengan kelas pertama, pinjaman akan diconvert jadi biasiswa..saya inginkan kepastian kerana bakal grad hujung mei ini..harap dapat memberi bantuan..terima kasih..

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.