Laporan: Hujung minggu yang beronggeng!!!
Posted by boy_bersahaje on November 2nd 2009

Aku dan Smartzul
Letih badan naik 2 bus. From Jb to Shah Alam then from Shah Alam to Kuala Perlis. Dekat 15 jam dalam bas. Tapi semangat ini mengatasi segala-galanya disamping bertemankan fruitheart yang tercinta :). So, bagaimana weekend kamu orang di luar sana? Aku pasti dan yakin, mesti lagi bersahaje dari aku kan? Huhu. Weekend kan masa untuk kita berehat dan melapangkan minda dari terus dibayangi dengan hal-hal yang membebankan kepala. Tak gitu? Actually, pada weekend yanag lepas ni, aku balik ke JB adalah untuk menyelesaikan beberapa projek dan juga isu yang berkenaan dengan Jambu. Alhamdulillah, beberapa objektif dah pun tercapai. Tinggal perlaksanaan sahaje berserta dengan sedikit masa untuk proses observation. Bukan ape, setiap keputusan dan objektif boleh tercapai, tetapi keberkesananya juga perlu kan penelitian dan masa. Dari situ baru lah kita dapat menilai sama ada keputusan yang telah dibuat itu efektif atau tidak.
Setelah selesai segala-galanya, aku pun banyak membuang masa terluang dengan melepak sambil belajar bersama-sama blogger dan hotai IM yang terkenal di Malaysia. Pada malam Jumaat malam Sabtu kami; Rohaizad, Smartzul dan juga aku telah melabuhkan punggung di sebuah medan selera yang baru, Tepian Tebrau. Boleh tahan juga tempat ni, just toilet dia tak berapa boleh nak blah. Inilah masalah yang biasa kita temui hampir kebanyakan medan selera. Bila tiada kemudahan, masyarakat kebanyakan akan mengeluh dan complaint. Tapi bila kemudahan cantik dah disediakan, vandalisme dan kerosakan mudah sahaja berlaku. Sayang seribu kali sayang tapi sebagai masyarakat yang berkesedaran civic, aku hanya mampu melihat dan menutup hidung…

- Khusyuk berborak bersama Smartzul
Banyak topik yang telah kami bincangkan secara tidak sengaja. Actually, 2 orang ini adalah sifu aku. Aku belajar membina blog dari produk dewa Smartzul iaitu Pakej Kit Blogger. Produk yang sampai sekarang aku masih jadikan sebagai refrence dan guidance. Produk yang buatkan aku kenal apa itu wordpress dan segala macam hal yang berkaitan denganya. Thanks a lot Zul. Aku bangga dapat berjumpa dengan owner produk Pakej Kit Blogger ini. So, tidak lain dan tidak bukan banyak aku bertanyakan asal-usul, rintangan, product-launching dan sebagainya. Memang banyak betul dugaan yang Zul hadapi terutama semasa hendak merasmikan jualan ebook ini. Mana tak nya, pada tarikh yang telah dirancang (4 tahun lepas!!!) untuk proses perasmian, hosting Zul telah di suspend disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Aku dapat rasakan betapa kusut kepala masa itu andai aku di tempatnya. Tapi, brader Smartzul ni rilex dan bersahaje. Akhirnya, setelah penat dan lelah dikorbankan, produk yang sememangnya sentiasa menjadi buah mulut blogger kini menjadi antara produk yang disegani dan sentiasa mendapat permintaan. Satu produk yang sangat informatif meyebabkan ia mampu bertahan di arena Internet Malaysia selama lebih 4 tahun. Huh!!! Congratz Zul. Sekarang ni Zul dalam pembikinan menulis 3 buah buku. Selain itu, ada juga aku bertanyakan dan berbincang menegenai isu-isu hangat dunia Internet Marketing Malaysia. Bagaimanakah nasib dan masa depan, produk-produk, attitude dan banyak lagi. Thanks Zul, sudi berdiskusi dengan penuh sifat keterbukaan. Aku sangat selesa dengan itu. Huhuhu. Insya-Allah, aku akan buat satu sesi review untuk produk Pakej Kit Blogger untuk kalian yang masih terkapai-kapai dalam pemasangan blog wordpress. Tunggu ya.
Pada malam tersebut juga, kami ada membincangkan future project bersama. Bukan keuntungan yang kami bincangkan ye. Tapi, projek ini adalah salah satu usaha kami yang mungkin dapat mengajar dan menegakkan beberapa isu yang semakin runcing dek manusia yang mementingkan wang ringgit lebih dari nilai sesebuah produk. Jangan ditanya apakah projek tersebut. Bukan tidak mahu untuk menceritakanya tetapi adalah lebih baik berdiam dulu kerana ia baru dirancang :). Ingat, ini bukan projek terbitan ebook baru ya. Ebook Pakej Kit Blogger pun korang belum lagi beli, ni dah tanye pasal ebook yang lain hahahaha…
Pada keesokanya pula, aku Smartzul dan Rohaizad bermain bowling di Diamond Bowl Johor Jaya. Turut hadir, Azree dan juga Nuaeman memeriahkan acara. Hahaha, habis aku kalah dengan ketiga-tiga opponent. Ijad la paling banyak strike diikuti Smartzul dan Nuaeman. Nak cerita selanjutnya, baca kat sini dan sini. Habis 4 frame, kami menjamu slera Nasi Ayam penyet di Kg Melayu Majideee. Sempat juga berborak dengan owner Studiomuslim.com (Azree). Sempoi je orangnya. Sederhana dan lemah lembut je bila berborak. Ada lah beberapa topik sempat kami berbincang terutamanya berkenaan dengan wang pos. Hentah macam mana boleh timbul topik tu pulak. Hahahaha. Actually, Azree ni datang dari KL. Umah dia kat area Larkin. Tapi pada hujung tahun ni dia dah kene berpindah. Kalau tak dapat lepak sama lagi join kite orang melepak. Huhuhu.
Malam tu pulak, selepas Ijad temankan aku beli tiket bas, kita orang melepak dengan team smart blogging. Abg Joe, Herman dan isterinya. Banyak cerita panas yang Abg Joe hidangkan kat kite orang selain dari 150 cucuk satay yang sangat mencengkam jiwa kesedapanya. Seperti biasa la, Ijad adalah juara bab makanan ni telah menelan hampir 30 batang cucuk dengan berkata ‘Kalau Wan mus ada ni kompem habis 150 cucuk’ hahahaha. Thanks Abg Joe dan Herman yang sudi meluangkan masa berborak dengan kite orang yang riuh-rendah ni. Hahaha. Aku tengok dan dengar cerita dari abang Joe buatkan aku lebih semangat. Ini kerana, sebagai orang lama banyak betul dugaan dan rintangan yang terpaksa dia hadapai. Wa respek sama lu brader!!!
Huh, amacam laporan kali ni? Best kan? Nak lagi best klau kamu orang dapat merasakan kehidupan sebagai usahawan internet. ‘Banyak masa sampai tak tau nak buat ape’, kata Smartzul selaku owner produk Pakej Kit Blogger. Hahaha. So, apa pandangan korang terhadap aktiviti yang aku jalankan seperi di atas? Adakah kamu orang mempunyai kehidupan weekend yang lagi best? Jom kongsikan bersama di sini.
Salam bersahaje dari aku, boy_bersahaje
Posted in Arena Blogging, Bersahaje, Jambuku












Terbaikla perkongsian kali ini bro. Best gile dapat jumpe otai blogger (Rohaizad) dengan otai IM (Zul). Bile lagi pula kita nak berjumpa? Boleh berkongsi ilmu. Insyaallah.
Btw, Pakej Kit Blogger tu memang terbaik. Semua testimonial yang diberikan amat positif belaka. Tapi aku sendiri x beli sebab before this trial n error masa memula main wordpress ni.
Btw, dah dapat email x?
Salam kejayaan bro
Thanks Aqif. Anytime je kita leh jumpe. Kau dok Kl eh? X dapat lagi la email. Nanti dah dapat, kawan roger :). Thanks again Qif
Aah.duduk kat selayang. pape contact je bro. bile balas email aku kasi nombor.
Thanks to u too bro. byk membantu
Salam,
Boy, sejak bila geng ngan Bro Zul, Aqif pun ada sini? X sangka member sekolah jadi Bloggers.. haha..
Hahahaha, member dari internet la Reza. Kau pun ldah jadi blogger kan. Huhuhu
Lama tak naik bas same kan…nearly a year. Sonok naik same semalam kn yg? Love u…
Nice entri syg…
Thanks fruitheart
sian mus dikambinghitamkan…..wahkahkahkah
dan bila ada peluang belajo tu belajolah dgn bersungguh2,kan ko ada pemangkin!!!….wahkahkahkah
Betul tu bro… Memang tgh memangkin ni. Hahahaha
Bila la bro Joe nih nak siapkan blog peribadi dia, xsabo nak komen bnyak..hehe
Seronoknye naik bas same2 yer…hahahahahahahahahahahahaha….
Kihkihkhih. Buat ape pun seronok dengan fruitheart bro! Macam la awak x penah mengalaminye
yg..i love u!
Gilo kembung perut sampai 30 cucuk Ijad rembat…
Haa, baru kau tau betapa pelahapnye dia. Hahahaha. Sedap nasi ayam penyet????
hahaha..nice perkongsian bro..weekend ak pn best jugak ritu..gi mandi manda di PD bersama fruitheart jugak..muahaha. Best giler ar korang leh lepak2..hehe..nnti de kesempatan kita lepak bersama yer
Bercanda ria di tepian pantai bersama fruitheart, sungguh indah!!!!
Thanks Boy recommendation untuk Kit Blogger. Kalau ada apa-apa cadangan untuk improve, dipersilakan.
Kalau ikutkan, banyak benda lagi boleh borak malam tu. Tapi insyaAllah next time pula. Itu pun dah 2,3 jam rasanya. Nanti boleh turun main bowling lagi…
Hahahaha, xde hal Zul. Banyak lagi masa boleh berjumpe. I’Allah
Huu bila la plak aku nak jumpa smartzul nih, bila nak jumpa xjumpa2..hehe
Waa..best la boleh jumpa ngan otai2 terkenal ni. hehe..
Hahahaha, best kak pasal dapat share idea sesame
salam bro..
sy org bru kt sni.. syOk dpt bca post bro..
best ler dpt lepak ngn otai2.. bro pn otai gak neh..
harap dpt byk blajar dari brO..
tQ!
Tahnks MZM sudi datang blog ini. Harap dapat memberi kebaikan untuk mzm. Saya masih x layak untuk di panggil otai. Baru je nak kenal itu dan ini.
Bila dok lepak dgn otai2 nie banyak la ilmu diorg ko dapat cedok la yer..huhu
Lebih kurang itu macam la bro. Huhuhu