Huh!!! Rasanya dah dekat sebulan aku berada di Perlis. Macam-macam perkara aku lalui dengan hanya waktu yang singkat. Ada manis dan ada juga yang memeningkan kepala. Walaupun bergelar student, akan tetapi kepala aku masih ligat mencari lagi peluang-peluang yang ada untuk berniaga. Sama ada online mahu pun offline. Project-project online telah diatur secara kasar dari segi pergerakan, operasi, modal dan juga management. Untuk bebarapa project tersebut, aku akan bergabung dengan rakan online aku. Mungkin kalian kenal mungkin tidak. Identiti rakan online aku tersebut masih lagi menjadi Misteri Nusa Jaya. Hahaha. Project ini bukan la secara besar-besaran, hanyalah untuk duit sampingan menampung perbelanjaan aku di sini seperti minyak kereta, sewa rumah, sewa astro, api air, streamyx dan juga bil-bil yang lain. Aku tidak mahu mengusik langsung segala duit peniagaan aku yang telah berjalan di Johor Bahru. Mungkin itu semua adalah untuk perkara yang telah aku rancangkan. Tetapi, di sini, duit pencarian aku baru bermula untuk dilaksanakan.
Mengapa aku perlu bersusah payah mencari lagi peluang perniagaan yang baru? Sedangkan aku perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran aku…Hurmm, ramai juga yang bertanya soalan yang sama sama seperti kamu. Mungkin ini adalah jiwa ku yang suka mencari dan struggle untuk terus hidup. Perniagaan adalah darah daging aku. Ke mana pun aku pergi, itu adalah perkara pertama yang akan ku nilai sebelum melakukan perkara lain. Bagi aku, MSC (Master of Science) adalah masa pembelajaran yang sangat santai dan cool. Tidak perlu pergi ke klas atau lecture. Tidak perlu bersengkang mata semata-mata untuk score quiz pada esok hari atau, bersusah payah menghafal formula-formula matematik seperti Fast Decouple atau Theory of Electromagnetic. Aku hanya perlu pergi ke Kluster Penyelidikan pada waktu bekerja dan sebelah malam pula aku bersantai bersama kekasih
.
Baru-baru ini, aku telah memberanikan diri untuk mencari business secara offline di tempat aku belajar sekarang ini (Unimap). Tujuan aku adalah untuk memonopoli tender atau sebut harga barangan elektrik di makmal-makmal seluruh kampus. Dapat suku ataupun 1/8 dari nilai projek tersebut pun aku dah bersyukur. Perkara ini menjadi lebih mudah apabila sahabat sepelajaran aku juga bekerja di situ sebagai Pegawai Latihan Vokasional. Alhamdulillah, proposal dan quotation telah pun disetujui. Cuma tinggal finalize sahaja
Dan… pada minggu lepas juga, aku telah melobi sebuah kedai makan di salah sebuah Kolej kediaman di tempat aku belajar tersebut. Tempat tersebut merupakan pusat kegiatan pelajar seperti mesyuarat, membeli alat keperluan, fotostate nota, tempat beriadah, melepak dan juga tempat berlendir(Korang tau ke ape itu berlendir? Kihkihkih) So, boleh dikatakan agak strategi dan memberangsangkan selain sewa yang sangat worth (RM150/bulan termasuk api dan air). Mengikut pengalaman aku, membuka sebuah kedai makan adalah antara perkara yang paling mencabar. Dari segi modal, perjalanan dan juga pekerja. Setakat sebulan perancangan, maybe belum cukup lagi. Tapi, dengan masa yang agak suntuk (nak dekat puasa) aku mengambil keputusan untuk memulakan operasi selepas raya. Tidak perlu terburu-buru. Kekuatan perniagaan adalah bergantung 70-80% pada perancangan dan selebihnya pada management. Mungkin ini adalah keputusan terbaik yang pernah aku buat
Berbalik pada business online, ya ia adalah salah satu darpada cabang blogging. Ia nya sangat la mendapat sambutan hangat yang tidak pernah kurang. Aku akan menjual servis dan juga sesuatu yang hanya boleh dilihat di screen monitor sahaja
. Cuma perlu kan kekreatifan dan juga rakan kongsi yang pandai bermain kata
. Apa dia? Boleh bagi tahu kami? Semestinya aku akan cakap boleh. Aku bukan kedekut macam kamu orang. Tapi…Tunggulah masa yang sesuai. Masa di mana aku telah berjaya memulakan business tersebut. Korang jadi la bersahaje…


wah..banyak betul project ko nie..aper2 balik nanti kiter citer yer..
[Balas]
Hahaha, xde la bro. Just nak hidup kan, kene la pandai MENCARI
[Balas]
Otak bisness, ya ?
Saya hanya pandai membeli je, hehe…
[Balas]
Otak aku ni macam2 niche ade, bisnes tu salah satu je…kihkihkihkih
[Balas]
Air jambu.. satu..!! yang biasa jee eaa.. taknak asam..
[Balas]
pergh..ni stok kalau cakap je,mesti pasal bisnes ni..boleh kaya cepat kalau betul2..aku sapot je member2..
teh o ais 1..
[Balas]
wah..baguslah ko nie…
nie mesti x boleh duk diam.
[Balas]
nuaeman: Siap!!! Jambu xnk ke bang
. Kihkihkihkih
. Lame xnampak, pe kaba?
Kay: Thanks Kay, aku memang perlukan member2 cam ko untuk support
Mydailybloginfo: Besela, nak idop…:)
[Balas]
weh… resepi aku dh cr..leh try wt dlu..nk cr org yg btul2 pndai ssh..kte train je org yg xpndai bg jd pndai… coatation 2 bile nk bg???
[Balas]
Hurmm…Nanti kite discuss lame2
[Balas]
aku ada je..bulan 11 aku kahwin..jemput ke tganu..
[Balas]
student master ni memang camtulah, rilex tapi time due date, mesti mulalah tak cukup masa..hehe..saya pun gitu jugak
[Balas]
Wanmus: Hahaha tau xpe. Samapai mase, kalah orang nk nika nanti. Huhuhu
[Balas]
Woit lame x dgr cite….
[Balas]