Bersahaje:Produktiviti
Posted by boy_bersahaje on March 4th 2010Kata orang, keselesaan tempat kerja adalah nadi utama seseorang untuk menjadi lebih produktif. Ada benarnya kata-kata ini. Dari mana? Aku pun tidak pasti. Cuma sedikit lagi aku suka menambah, keselesaan rumah dan tempat kerja adalah nadi untuk aku terus bersemangat dalam apa jua yang aku lakukan. Tempat yang bersih dan selesa boleh mendatangkan banyak ilham dan idea. Aku sendiri banyak mendapat idea bila duduk di bilik atau di rumah. Idea atau ilham datang dengan pelbagai bentuk. Ada ketika mimpi, duduk bersendiri, mengelamun, membaca dan sebagainya. Macam aku pula, ilham itu akan datang bila duduk dan membaca forum-forum dan blogs ketika di dalam bilik. Aku lebih banyak menghabiskan masa di internet berbanding menonton tv. Tapi kalau ada game Chelsea di Astro, mungkin aku akan berfikir 2 kali kihkhihkhihkih. Post kali ini lebih bersifat santai. Aku baru sahaja selesai dengan kerja-kerja online, siapkan order dan sedikit pembacaan untuk penambahan ilmu berkaitan dengan backlinks. Mungkin hari ini produktiviti aku meningkat lebih dari hari-hari sudah :).
Aku saja buat post ini untuk berkongsi tempat di mana aku blogging setiap hari. Bagi aku, ini adalah cara untuk aku lebih dekat lagi dengan pembaca seperti kamu. Untuk teman-teman yang telah mengenali aku pula, ini adalah cara bagaimana untuk kamu mengenali aku dengan lebih lanjut sebagai seorang teman online mahu pun offline. Barulah kamu boleh hayati dengan lebih mendalam setiap post yang telah dan akan aku terbitkan di dalam blog ini. Tak gitu? Buat pengetahuan kamu, tempat aku blogging ini belum lagi bleh di kategorikan sebagai SOHO (Small Office Home Office). Hentahlah, aku lebih selesa dengan nama ‘bilik’ dari ‘office’. Bebas dari tekanan dan sangat bersahaje! Lagi pun, masih banyak lagi equipments yang belum cukup seperti mesin fax, scanner, binding machine dan lain-lain. Apa yang ada hanyalah sebuah laptop ACER lama berusia lebih 5 tahun (pemberian fruitheart :)), sebuah printer lame pun seusia laptop, sebuah CPU, sebuah subwoofer Philips, 2 buah meja, 1 papan memo. Tidak dilupakan almari, rak solek dan buku, katil dan pintu sehelai permaidani biru.

Pandangan belakang
Buat pegetahuan kamu semua, kerusi biru tu baru je aku beli bulan lepas Before ni dok atas kerusi kayu meja set meja makan. Bila pungkok dah tak boleh tahan lenguh, aku pun ushar kat Kangar. Ternyata harga perabot kat perlis jauh lebih murah berbanding kampung halaman aku di JB. RM80 sahaja. Keselesaan berganda, produktiviti pun meningkat :P. Barang-barang lain kebanyakan nya aku memang dah ada sejak awal-awal belajar dulu. So, jangan membazir, gunakan apa yang ada. Kalau kreatif, mesti lagi cantik hias bilik. Sorilah, memang aku saja tak kemas bilik pun. Kihkihkihkih.

Pandangan sisi
Insya-Allah, hari demi hari, aku akan tingkatkan lagi segala keperluan dalam bilik aku dengan perkakasan yang lebih baik. Seperti, laptop baru, mesin fax, dan autoresponder monitor. Yelah, lepas aku lepak rumah Yam, aku teruja tengok si Yam ada 2 monitor. Baru laju buat kerja. Hahahaha
Walau se simple mana kamu hias tempat kamu bekerja di rumah, walau se sempurna mana pun equipments SOHO kamu, yang penting berapa income yang kamu boleh generate dari itu semua. Ini lah yang menjadi pegangan aku sampai sekarang. Kalau harga total equipments yang kamu beli melebihi daripada pendapatan, baik berusaha dengan lebih keras untuk mengembalikan duit yang telah kamu belanjakan. Dan kalau pendapatan kamu melebihi dengan apa yang kamu telah laburkan, aku dengan bersahaja dan berbesar hati mengucapkan jutaan tahniah atas pencapaian yang diperolehi. Tambahkan lagi usaha dan strategi perniagaan kamu dan hadiahkan lah diri dengan sesuatu yang kamu impikan. Dengan itu, mesti semangat dan produktiviti kamu akan lebih meningkat. Yang penting sekarang hanyalah keberanian yang tiada kompromi.
Haaa apa tunggu lagi, meh sini aku dengar bagaimana kamu set tempat kamu blogging atau bekerja di rumah. Aku memang suka
Posted in Bersahaje











Makin produktif la cik abg saye ni kan. Ney doakan ling always success tau. Love u dear
Thanks luv…Amin…Sentiasa bg ling semangat tau. huhuhuhu
disebabkan aku dah balik kampung maka pot blogging aku memang kurang sempurna,aku sekadar menggunakan meja solek aruah nenek aku yang dah berusia lebih 100 tahun,ditemani sebuah laptop compaq berusia setahun lebih,sebijik printer….memang diakui suasana persekitaran aku kurang memberangsangkan…..ada sen lebih aku nak lepak pulau.
Ni namenye blogger kental! Tak kira walau ape yg jadi. Cayalah! Kampung ko katne ek?
@boy_bersahaje,itu hari jumpe bro megat,tak mau singgah guma aku ye!…lain kali turun muar call aku….pekena mee bandung muar.
@sangilapi, Hari tu aku jumpe megat kat JB before dia naik muar beb. Huhuhu
Kadang-kadang suasana memainkan peranan untuk meningkakan produktiviti.
@PinjamNiaga, Bukan kadang-kadang lagi. Memang penting rasenye suasana untuk hasilkan kerja yang bermutu
hehe menarik gak ko punye tmpt blogging.. nanti aku post aku punya plak.. mungkin lepas ni leh la naik taraf ke SOHO plak bilik ko ni hehe..
@miziology, hahaha xde yg menariknye. standard modify je aku bg. Ko nye lagi gempak. X saba dah ni aku nk tgk huhuhu
@boy_bersahaje, mna de gempak.. biasa2 jer
kalu bro nk lagi dasat tgk web ni
http://www.workstationsetups.com/
lagi byk sumber inspirasi leh dapat hehe
@miziology, memang terbaik dari ladang la beb! I loikeee! Thanks for the link huhuu
bilik ko ada aircond..bilik aku takde…sedih..sedih
@Mari Buat Blog, Ahahaha, bilik ko ade aquarium, bilik aku xde :P. Beb, aku dah tambah monitor. Puah hati sihun. Kerja makin tuntas kihkhihkhih. kalau tak kerana ko, lambat la aku. member umah aku sume teruja ahahahaha
mantap seh..
gempak tu workstation ko.
Hahahaha, x la gempak mane. Basic je tu bro
@boy_bersahaje, nak gempak lagi boleh la refer -> http://www.workstationsetups.com/
tempat kerja aku lagi gila. Tak terkemas langsung. Haha..
@titan, Ahahaaha. Aku xleh sangat klau x kemas ni. Nanti bersin je memanjang hahahaha