pakej-lengkap-linkbuilding

Blog: Apa keistimewaan memilikinya?

Posted by boy_bersahaje on January 5th 2010

Blogging is my passion

Blogging is my passion

Hari demi hari, sentiasa silih berganti. Bagi yang sedar sentiasa, diucapkan tahniah. Tetapi bagi yang masih belum menyedarinya, tiada apa yang perlu dikesalkan melainkan berubah daripada tiada kepada ada dan dari kurang baik kepada yang lebih terbaik. Dahulunya;  tahun lepas, aku adalah seorang manusia yang tiada apa-apa melainkan sebuah account di blogspot.com. Aku menulis apa yang dilalui dan cerita-cerita kehidupan aku di situ. Cerita sewaktu di asrama, kecil-kecil dan pengalaman yang tidak seberapa. Pada waktu yang sama, aku sentiasa meneliti perkembangan dan produk-produk yang telah dikeluarkan oleh IM tanahn-air. Banyak pelajaran yang ditimba. Berkobar-kobar rasa hati untuk memulakan perniagaan melalui internet. Tapi, langkah aku silap. Aku hanya mengharapkan dari blog yang percuma. Blog yang kesukaran untuk aku membina kredibeliti diri disebabkan aku hanya menumpang kasih di hosting dan domain yang bernama blogspot.com. Senantiasa aku memerhatikan kejayaan demi kejayaan pengusaha internet Tanah-air yang di tempa melalui blog yang berbayar. Tapi aku…tetap dengan pendirian kononya ingin terus mengunakan medium blogpost…Namun…

Berbekalkan ebook Pakej Kit Blogger dari Smartzul, aku memberanikan diri untuk mencuba nasib. Dari satu hal ke satu hal yang lain aku belajar mengenaik proses untuk install wordpress ke dalam hosting. Budak baru belajar, biasalah terkial-kial. Tapi semangat yang cekal dan tabah, alhamdulillah, sekarang hasilnya aku dapat merasai 25 buah blog dengan hasil usaha aku sendiri. Dan ke semua blog tersebut mampu memberikan aku income tetap $300 secara semi-pasif setiap bulan. Apa yang aku ingin tekankan di sini ialah, usah takut dan was-was untuk memiliki sebuah blog yang berbayar. Dari situ barulah kita akan maju dan mengorak langkah yang lebih jauh dan advance. Modal hanya sekelumit dari apa yang telah anda bazirkan selama ini, apalah kiranya membayar hosting pada kadar RM10 setahun demi mengasah bakat yang terpendam untuk mencari duit tepi.

Shaffik & Nuaeman

Shaffik & Nuaeman

Aku tahu, tidak semua antara anda yang boleh buat dengan hanya membaca dari ebook. Namun begitu, itu bukanlah sebab dan tujuan untuk kita patah semangat dan berpaling arah mencari sumber income yang lain…Alhamdulillah, teman rapat aku dari shaffik.com dan juga brader yang aku respek dari blog.nuaeman.com akan menganjurkan sebuah bengkel asas blogging selama 2 hari berturut-turut.

Sebab kami tahu bahawa adalah amat SUKAR untuk belajar semuanya dalam 1 hari.  Dahulu kami juga seperti anda dan kami tahu bagaimana keadaannya jika semuanya terpaksa di lakukan dalam 1 hari. Atas sebab itulah, maka kami sanggup bersama anda untuk 1 hari lagi.

Ulasan berkaitan dengan 2 hari bengkel dari Bengkel Blogging

Apa yang aku boleh katakan di sini ialah, mereka berdua sangat pakar dalam selok-belok berkaitan dengan arena blogging. Tidak dinafikan, banyak perkara dan skill blogging yang telah mereka ajarkan kepada aku yang masih mentah ini. Apa yang menarik berkenaan bengkel ini ialah:

  1. Anda hanya perlu bayar 1 hari dan percuma 1 hari.
  2. Percuma domain dan hosting
  3. Teknik menambah backlinks untuk blog anda
  4. Penceramah rahsia yang sememangnya akan membuatkan anda ternganga bila mendengar ceramahnya!

Jadinya, berfikirlah dengan bijak sebelum membuat satu keputusan. Mungkin, corak kehidupan anda akan berbeza dari yang dulu kepada yang lebih baik. Lambat membuat keputusan dan membiarkan sesuatu peluang keemasan berlalu pergi begitu bersahaje bukanlah langkah bijak untuk mengubah nasib cara kehidupan anda kelak.

Mungkin anda ada pertanyaan yang boleh aku jawab atau kemusykilan yang boleh aku uraikan… Jangan malu dan segan, lemparkanlah sesuka hati di rungan komen di bawah ini.

Salam bersahaje, dari boy_bersahaje ;)

Posted in Arena Blogging

Comments

  • khairolghani khairolghani http://www.khairolghani.com Posted on: January 05, 2010 at 11:41 am

    ko bila nak jadi penceramah gak?

    adakah soalan aku ni keluar dari topik?hahaha..

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: January 05, 2010 at 11:48 am

      Itu belum dirancang. Takut nanti aku ceramah, yg mendengar pulak ke laut. hahahaha

  • bonneyan13 bonneyan13 http://www.drcobbler.net Posted on: January 09, 2010 at 12:56 am

    yg no 3 tu,yg paling aku ingin tau…ermmm ada penceramah rahsia ke?sape lah agaknya tu ye?

    boy,apa cara yg paling berkesan utk backlink ni,x kiralah berbyr maupun percuma

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: January 09, 2010 at 1:17 am

      Bagi kawan cara yang paling terbaik adalah komen kat blog. Boleh di buat sendiri atau pun upah orang

  • Jmay Jmay http://www.jmayz.com Posted on: January 13, 2010 at 1:30 am

    Sape la penceramah rahsia tu yer? Sifu Ijad ker? :D

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: January 13, 2010 at 10:23 am

      @Jmay, Might be…Aku pun x sure tang tu. Huhuhu

  • Wan perlis Wan perlis http://kemanaarahkita.blogspot.com/ Posted on: January 18, 2010 at 10:11 pm

    teringin nak ada domain dot com.
    hosting apa yang best ye?
    tapi persoalannya adakah blogger seperti aku memerlukan blog yang berdomain seperti dot com??
    follower pun tak seberapa.comment x pernah dapat.

    berminat income dr internet.
    tp xtau camna nak mula.
    nuffnang tu apa?
    dapat tulis entri baru ok jugak boy.

  • rozack rozack Posted on: January 26, 2010 at 9:30 pm

    saye berminat dgn blog.tapi tiada pengalaman.ape langkah awal n seterusnye y perlu saye ambil tuk menghasilkan blog sendiri.sila beri tunjuk ajar :)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: January 26, 2010 at 9:36 pm

      Langkah pertama beli domain dan hosting. Kemudian beli buku panduan membina blog seperti http://rezamohyin.com/produk-pilihan/kitblogger.html. siap :)

      • rozack rozack Posted on: January 26, 2010 at 10:45 pm

        @boy_bersahaje, thanks:) dis mebi soklan kacang..but i still need more explanation bout what is domain n hosting..n also the function..sila beri tunjuk ajar..huhuu

        • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: January 27, 2010 at 10:52 am

          Domain: Alamat atau url sesebuah blog. Contohnya www.rezamohyin.com

          Hosting: Tapak atau tanah untuk menempatkan domain.

          Ada domain tiada hosting, umpama ada tanah tiada rumah. Hosting adalah tempat untuk meletakkan domain, menyimpan database.

          Harap dapat membantu rozack :)

  • honey honey http://nashanim.blogspot.com Posted on: June 13, 2010 at 11:32 pm

    backlinks tu ape ye? saya aktif dalam blogspot.Teringin jugak nak tambah income melalui blog..try jugak nuffnang tapi x membantu sgt pun..huhu..boleh tolong?

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.