
(20 Julai 2009)
Reza Mohyin adalah kombinasi antara nama anak dan bapa. Mohd Reza bin Mohd Mohyin nama penuh penulis. Diberi gelaran boy sejak keluar dari perut ibunya. Mungkin kerana ia merupakan seorang sahaja anak lelaki dalam keluraganya
. Mempunyai 2 orang adik beradik dan merupakan anak terakhir dari itu. Lahir pada tahun Gajah Lembu mengikut kalender Cina. Blogging adalah antara sumber pendapatan dan keseronokan penulis selain bermain futsal bersama teman-temannya.
Berumur sekitar awal 20an, penulis baru sahaja menyambung pengajian nya di sebuah Universiti di celah Utara untuk memahami ilmu Elektrik dengan lebih mendalam. Berbudi pada kedua ibu bapa dan juga menolong orang buta melintas jalan adalah antara hobi penulis. Anda pernah mendengar nama Rohaizad.com, Nuaeman atau Shaffik.com? Itu adalah rakan-rakan online yang banyak membantu penulis mendalami ilmu blogging di peringkat antarabangsa selain life4hire; guru ‘underground’ beliau.
Berasal dari selatan tanah air Malaysia, Johor Bahru. Pernah menjejak kan kaki di Kluang, Kuala Pilah dan juga Perlis semata-mata mencari ilmu demi masa depan penulis. Bukankah kita di tuntut untuk menuntut ilmu sehingga ke negeri China? Tetapi, penulis bercita-cita melanjutkan pengajian nya hingga ke peringkat Doktor Falsafah. Hanya masa dan kegigihan menentukan.
Penulis sedang ketagihan air jambu pakcu 916 versi Johor Bahru (Bukan Kl ya) yang sangat ‘pure’ dan lazat. Apa kaitan dengan plot-plot di atas. Cuba anda fikirkan la sendiri…Selamat datang ke blog ‘Boy punya scrap book la’ yang tiada ‘narrow’ niche. Penulis akan berceloteh, membebel dan menerangkan apa sahaja yang diinginkan. Harap maaf, minta ampun kalau-kalau penulis tersalah grammar atau terkesat penulisanya. Apa yang penting….KERJASAMA!!! Apa yang penting….KERJASAMA!!! Apa yang penting….BERSAHAJE!!!
Sekian,
boy_bersahaje
—————————————————————————————————————————————————

Baju je Real Madrid, tapi hati siapa yang tahu...
(17 Januari 2010)
Uuuhhh…Aku dah mula terjebak ke dunia yang semakin mencabar bermula 2010. Silap-silap boy_bersahaje hanya tinggal nama saje. Dari blogging, aku mencuba 3 lagi cabang yang lain. Itu semua aku memberanikan diri utnuk membuktikan teori bersahajisme. Teori merepek ini aku dapat semasa mengelamun membaca blog idola, JohnChow.com. Teori ini membuktikan bahawa, dalam dunia online tiada apa yang mustahil. Seseorang akan kelihatan seperti sangat professional, berkaliber, pakar dan dewa disebabkan cara PENAMPILANYA di dunia maya. Mudah tapi bukan sesuatu yang dapat diaplikasi dengan sukses andai beberapa teori tidak diamalkan dengan bersahaje dan berani. Ingat BERSAHAJE dan BERANI sahaje yang mengukurkejayaan bersahajisme ini…
———————————————————————————————————————————————————————————————-
