pakej-lengkap-linkbuilding

Side Income: Apa ada padanya?

written by boy_bersahaje on January 25th 2010

Kita menulis blog ada banyak tujuan. Dan aku percaya salah satu tujuan tersebut adalah untuk mencari pendapatan sampingan. Pendapatan sampingan adalah pendapatan yang kita perolehi dengan meluangkan masa kurang dari 4-5 jam sehari. Lagi bersahaje, hanya 1-2 jam sahaja. Ia juga di kategorikan sebagai residual income, pasif  income dan income tax side income. Tapi, bagi aku, itu semua bergantung pada cara seseorang mencorakkanya. aku lebih suka menggunakan gelaran ‘side income’. Sebab apa? Sebabnya, aku tiada mata pencarian utama disebabkan aku masih study lagi. Jadinya, untuk aku berfoyar-foyar aku gunakan duit dari sumber pendapatan internet. Untuk itu, pelbagai cabang telah aku cuba untuk mempelbagaikan jenis pendapatan yang bakal aku perolehi setiap bulan. Jual links, jual links dan jual links selain project pelancongan dan shopping online yang bakal aku lancarkan sedikit masa lagi (tak siket gak). Tapi, sedarkah kamu bahawa kita boleh mempelbagaikan sumber penjualan ling dengan banyak sekali. TNX.net, , blogvertise dan banyak lagi. Tapi aku hanya focus yang 3 sahaja buat masa ini.

Jadi, apa yang perlu kamu tahu untuk mendaftar ke semua program-program di atas? Berikut aku terangkan mengikut pengalaman yang telah aku belajar. Ikuti langkah-langkah berikut untuk memudahkan lagi kamu mendapat job dari mereka:

1) Pagerank blog sebaiknya 3 dan ke atas.

Tetapi, yang seronoknya tnx.net menerima ke semua jenis pr. Yang penting blog kamu telah di index sepenuhnya oleh Google. Lagi tinggi pr blog, lagi tinggi point yang kamu dapat. Tnx mempunyai corak yang berbeza berbanding dengan 2 program yang lain itu. 1000 point= $0.95. Seronoknya Tnx ini, ia adalah pasif income kerana proses jualan links adalah secara automatik. Ada bebrapa tricks yang aku pelajari dari guru underground aku untuk program TNX ini. Kita perlulah membuat limit yang maximum untuk penjualan links di blog. Limit maksimum umtuk sesebuah blog adalah 4 links satu page.  Kamu boleh set dari 1-4 links. Tapi, kalau nak points lebih kenalah letak se maksimum yang bisa.  Aku ada 16 biji blog dalam TNX. Ada lagi 2 blogs pr3 yang aku simpan untuk meletupkan  TNX.  Tunggu TNX!

 Side Income: Apa ada padanya?

TNX

Untuk TLA pula,  majoritinya menerima blog yang pr3+. Ada juga sesetengah kes, yang mana blog tersebut pernah mendapat pr3, tetapi telah di tampar oleh Google menyebabkan pr nya turun ke 0. Tetapi, sales dari TLA tetap masuk. Haaa ini mungkin disebabkan TLA pernah jatuh cinta dengan blog tersebut dan tak mampu untuk melepaskanya begitu sahaja.Aku hanya ada 1 blog sahaja di TLA. Lagi 2 blogs aku akan letak pada bulan hadapan untuk memudahkan aku monetize lagi dengan baik.

 Side Income: Apa ada padanya?

TLA

2) Description yang menarik

Ini adalah salah satu trick yang aku belajar. Untuk memudahkan blogs kamu di lamar oleh pihak advertiser, kamu perlu lah membuat diskripsi yang menarik untuk blog kamu. Bila nak tulis nya? Haaa semasa kamu hendak submit blog kamu, ada ruang yang perlu kamu isi untuk bahagian diskripsi. Diskripsi yang menarik akan membuatkan pihak advertiser terpikat dan suka memberikan job untuk blog tersebut. Tak percaya? Cubalah…

3) Blogvertise memerlukan kamu menyiapkan entri.

Aku selalu mendapat job untuk niche sports, education dan juga real estate untuk blogvertise. Tapi, sebelum blog sport aku di tampar Pr nya, aku pernah mendapat 4 job dalam satu-satu masa. Setiap job berharga $10. Sedap bukan? Kamu perlu la menulis 3 perenggan di ikuti dengan 3 links dari advertiser dengan penuh beretika. Tapi, jika tidak memenuhi kehendak, entri tersebut akan diberikan peluang untuk ditulis kembali. Di sini trick yang perlu kamu ikuti adalah, cepat-cepatla memperbaiki nya. Ini kerana, job akan mudah masuk andai kamu cepat bertindak. Bulan pertama, job aku lebih dari 5 yang aku dapat. Tapi bulan ke 2 agak kureng di sebabkan aku leka untuk membetulkan kembali entri yang telah aku tulis selain mengalami masalah pada hosting. Hasilnya, hanya 3 job sahaja pada bulan itu. Sangat menyedihkan.

 Side Income: Apa ada padanya?

Blogvertise

Jadinya, banyak juga tips yang aku bagi untuk tatapan kamu. Dapatlah generate $100-$200 untuk ke tiga-tiga program tersebut setiap bulan. Itu baru 3 program kan? Kalau banyak lagi program yang aku masuk, bermakna lagi masyuk laaaa side income aku. Tapi, tidak ada apa yang perlu aku gelojoh kan. Jadi, apa pula trick kamu? Jom la share sekali. Tak kan nak simpan buat jeruk kot. Kihkhihkhihkhih

Posted in Arena Blogging

Takut: Tidak perlu rasanya

written by boy_bersahaje on January 17th 2010
Waaa!

Waaa!

An aversion to a person, place, activity, event, or object that causes emotional distress and often avoidance behavior. healthline.com

Takut. Semua orang ada perasaan takut. Cumanya, perasaan itu mampu dikawal oleh mereka dengan baik atau tidak. Kita mampu untuk mengawal dan menguasai takut andai semangat kita kuat. Takut lawanya berani. Berani ini umpama hero yang menyelamatkan perasaan takut itu. Cuba hayati gambar di atas, takut betul budak hitam itu kan. Aku sering tergelak andai melihat saje gambar itu. Sepanjang penulisan entri ini, gambar tersebut sentiasa di tutup untuk mengelakkan hati aku jadi gelap disebabkan terlalu banyak ketawa.

Takut menyebabkan kita berhenti melakukan sesuatu yang kita minat atau lebih buruk lagi menjauhkan dari peluang yang terbuka. Apa maksud nya? Sesuatu peluang yang terbuka tetapi ia pernah menjadi igauan ngeri untuk seseorang itu mencuba dan terjebak. Ada juga perasaan takut timbul disebabkan cerita-cerita dari mereka yang dah berpengalaman atau prediction semata-mata. Prediction yang salah umpama ‘kalau aku buat nanti..’ mestilah kita buang jauh-jauh. Belum cuba belum tahu. Dah cuba baru tahu. Kadang-kadang perasaan ini yang menyebabkan kita tak pergi jauh dan sukar untuk menempa kejayaan. Mereka yang berani cuba dan gagal adalah mereka yang disanjungi.

Takut. Dalam dunia internet, banyak masalah dan komplikasi akan berlaku. Berani berhadapan dengan sebarang masalah dan tegar untuk menyelesaikanya dengan berfikiran terbuka. Takut untuk memulakan langkah pertama hanyalah amat merugikan semata-mata. Takut untuk berhadapan dengan advertiser luar, berkongsi idea-idea, meluahkan pendapat dan tentangan, berkawan dan melakukan sesuatu yang baru. Tapi kenapa takut yang anda fikirkan? Cuba kita tinggalkan perasaan takut tu sebentar dan merenung sejenak…Bila perasaan takut tiada, dapatkah anda bayangkan kejayaan dan hasil yang bakal kita rasai di kemudian hari? Hasil titik peluh dan keberanian kita, kita bukanlah lagi di takuk yang lama. Buangkan sikap ‘kalau’. Pedulikan dengan sebarang komplikasi yang akan berlaku. Kita punyai otak untuk berfikir dengan baik dan bersahaje. Tiada apa yang perlu di kusutkan. Just do it and feel it! Dah buat baru kita dapat improve sama ada sistem, customer service, kekurangan produk dan sebagainya. Tiada perniagaan atau kehidupan yang sempurna. Kesempurnaan atau hampir sempurna terjadi bila kita belajar dari kesilapan yang lepas.

Takut. Takut dimaki, diherdik, dikutuk, gagal, diketawakan,tersungkur…Ahhhh persetankan semua itu. Apa yang mereka dapat. Mahu kah kita membenarkan semua telahan dan tindakan dengan membiarkan diri kita tersungkur dan mendapat benjol di kepala? Tidak kan? Jadinya, dari herdikan itu semua, membuatkan ketakutan sudah tiada lagi kerana, kerana kita dapat menukar dari ketakutan kepada pengalaman yang sangat berharga, dari kebencian dan kemakian kepada sanjugan dan kepuasan hati mereka. Nahhh! Ini barulah betul. Dari langsung takut untuk mencuba sudah menjadi berani untuk menerima kekalutan yang akan terjadi. Sebabnya, kita telah mulakan langkah pertama iaitu…

BERANI

Posted in Featured

Cerewet nya awak ni…

written by boy_bersahaje on January 8th 2010

cerewet lebih Cerewet nya awak ni...Banyak sangat perkara yang baru yang perlu aku pelajari hari demi hari. Siang aku sebagai student dan malam aku sebagai Usahawan Internet yang berjaya bersahaje. Kadang-kadang rasa berat sangat kepala. Dari directory hinggalah kepada web- designing . Tapi memang itu minat dan komitmen yang aku rasa aku perlu lakukan dengan sehabis baik. Bukan bermakna apa yang aku lakukan perlulah terlalu sempurna tetapi cukuplah kalau hasilnya dah buatkan aku puas hati. Walaupun kadang-kadang sifat cerewet aku ini agak menyusahkan diri sendiri, tetapi aku berjaya atasi dengan perlahan-lahan. Mungkin sifat ini turun dari Mama ku. Kalau ikutkan belah papa, sangat bersahaje. Ala balai aje. Hahaha. Tapi, percayakah korang yang sifat cerewet ni ada pro and cons nya?

Cerewet adalah sikap yang terlalu memilih dan berhati-hati dalam menjalankan sesuatu perkara. Ia menghampiri kepada perfectionist. Bagi pendapat peribadi aku, sikap cerewet ini memang bagus. Dapat menghasilkan sesuatu yang hampir sempurna dan memusakan hati untuk semua pihak. Kalau dalam industri perniagaan seperti kedai makan dan juga pelancongan, servis yang tip-top adalah idaman bagi semua pihak; pelanggan dan juga taukehnya.  Maka nya, cerewet dapat membantu seseorang untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. Alangkah indahnya, kalau hampir semua kedai makan yang kita pergi dapat memberikan servis yang bagus dan memuaskan hati. Taukeh atau owner kepada sesuatu perniagaan yang cerewet bagi memastikan servis yang terbaik untuk pelangganya adalah taukeh yang bijak. Ini kerana, mereka peka dan sensitif terhadap keperluan pelanggan dan kelemahan pada produknya. Manakala mentua yang terlau cerewet memilih menantunya, adalah untuk kebaikan anaknya di masa hadapan. Ibu bapa mana yang inginkan anaknya sengsara dan menderita di masa depan kelak. Itu sebab, kadanag-kadang parents kita terlalu cerewet dan berja-jaga dalam hal mencari jodoh. Silap memilih pasangan, padah menimpa.

Tetapi, kalau kite terlalu cerewet pun ada jugak keburukanya. Mungkin lagi banyak keburukan dari kebaikan. Apa pendapat korang berkenaan dengan keburukan cerewet? Ada pengalaman pernah hadapai situasi cerewet melampau??? Sila lah kongsikan dengan kami semua di ruangan komen bawah tu je…

Posted in Bersahaje

Blog: Apa keistimewaan memilikinya?

written by boy_bersahaje on January 5th 2010

Blogging is my passion

Blogging is my passion

Hari demi hari, sentiasa silih berganti. Bagi yang sedar sentiasa, diucapkan tahniah. Tetapi bagi yang masih belum menyedarinya, tiada apa yang perlu dikesalkan melainkan berubah daripada tiada kepada ada dan dari kurang baik kepada yang lebih terbaik. Dahulunya;  tahun lepas, aku adalah seorang manusia yang tiada apa-apa melainkan sebuah account di blogspot.com. Aku menulis apa yang dilalui dan cerita-cerita kehidupan aku di situ. Cerita sewaktu di asrama, kecil-kecil dan pengalaman yang tidak seberapa. Pada waktu yang sama, aku sentiasa meneliti perkembangan dan produk-produk yang telah dikeluarkan oleh IM tanahn-air. Banyak pelajaran yang ditimba. Berkobar-kobar rasa hati untuk memulakan perniagaan melalui internet. Tapi, langkah aku silap. Aku hanya mengharapkan dari blog yang percuma. Blog yang kesukaran untuk aku membina kredibeliti diri disebabkan aku hanya menumpang kasih di hosting dan domain yang bernama blogspot.com. Senantiasa aku memerhatikan kejayaan demi kejayaan pengusaha internet Tanah-air yang di tempa melalui blog yang berbayar. Tapi aku…tetap dengan pendirian kononya ingin terus mengunakan medium blogpost…Namun…

Berbekalkan ebook Pakej Kit Blogger dari Smartzul, aku memberanikan diri untuk mencuba nasib. Dari satu hal ke satu hal yang lain aku belajar mengenaik proses untuk install wordpress ke dalam hosting. Budak baru belajar, biasalah terkial-kial. Tapi semangat yang cekal dan tabah, alhamdulillah, sekarang hasilnya aku dapat merasai 25 buah blog dengan hasil usaha aku sendiri. Dan ke semua blog tersebut mampu memberikan aku income tetap $300 secara semi-pasif setiap bulan. Apa yang aku ingin tekankan di sini ialah, usah takut dan was-was untuk memiliki sebuah blog yang berbayar. Dari situ barulah kita akan maju dan mengorak langkah yang lebih jauh dan advance. Modal hanya sekelumit dari apa yang telah anda bazirkan selama ini, apalah kiranya membayar hosting pada kadar RM10 setahun demi mengasah bakat yang terpendam untuk mencari duit tepi.

Shaffik & Nuaeman

Shaffik & Nuaeman

Aku tahu, tidak semua antara anda yang boleh buat dengan hanya membaca dari ebook. Namun begitu, itu bukanlah sebab dan tujuan untuk kita patah semangat dan berpaling arah mencari sumber income yang lain…Alhamdulillah, teman rapat aku dari shaffik.com dan juga brader yang aku respek dari blog.nuaeman.com akan menganjurkan sebuah bengkel asas blogging selama 2 hari berturut-turut.

Sebab kami tahu bahawa adalah amat SUKAR untuk belajar semuanya dalam 1 hari.  Dahulu kami juga seperti anda dan kami tahu bagaimana keadaannya jika semuanya terpaksa di lakukan dalam 1 hari. Atas sebab itulah, maka kami sanggup bersama anda untuk 1 hari lagi.

Ulasan berkaitan dengan 2 hari bengkel dari Bengkel Blogging

Apa yang aku boleh katakan di sini ialah, mereka berdua sangat pakar dalam selok-belok berkaitan dengan arena blogging. Tidak dinafikan, banyak perkara dan skill blogging yang telah mereka ajarkan kepada aku yang masih mentah ini. Apa yang menarik berkenaan bengkel ini ialah:

  1. Anda hanya perlu bayar 1 hari dan percuma 1 hari.
  2. Percuma domain dan hosting
  3. Teknik menambah backlinks untuk blog anda
  4. Penceramah rahsia yang sememangnya akan membuatkan anda ternganga bila mendengar ceramahnya!

Jadinya, berfikirlah dengan bijak sebelum membuat satu keputusan. Mungkin, corak kehidupan anda akan berbeza dari yang dulu kepada yang lebih baik. Lambat membuat keputusan dan membiarkan sesuatu peluang keemasan berlalu pergi begitu bersahaje bukanlah langkah bijak untuk mengubah nasib cara kehidupan anda kelak.

Mungkin anda ada pertanyaan yang boleh aku jawab atau kemusykilan yang boleh aku uraikan… Jangan malu dan segan, lemparkanlah sesuka hati di rungan komen di bawah ini.

Salam bersahaje, dari boy_bersahaje ;)

Posted in Arena Blogging

Themes: Sudah letih memilih?

written by boy_bersahaje on January 3rd 2010

 Themes: Sudah letih memilih?

Aku keseorangan di rumah dengan ditemani oleh bunyi derauan kipas angin di sebelah kiri. Kadang-kadang rasa aman dan tenang bila keseorangan dan kadang-kadang juga merasakan kebosanan. Tapi hari ini aku bersama-sama fuitheart menjalankan proses pencarian theme baru untuk blog nya. Memang meletihkan. Asyik-asyik theme yang sama. Ade yang cantik tapi tak kena pula layout sidebar. Ada yang cantik tapi, bahagian komen agak kehuru-haraan. Lebih kurang 2 hari kami mencari tapi masih buntu. Proses mencari theme berlangsung sehingga ke hari ini (Ahad 3 Jan 2010)

Tetapi, apa yang menggembirakan kami sekeluarga berdua adalah penemuan satu web yang menyediakan premium wordprees theme. Aku telah bernekad untuk menjadi ahli elegantthemes selama setahun dengan bayaran serendah $19.95 (Lebih kurang RM70). Bukan apa, bagi aku ia sangat berbaloi di sebabkan themes yang sangat menarik dan sesuai untuk penggunaan pada personal blog; aku tidak rekomen kan pada niche blog ya. Kombinasi warna yang memukau mata buatkan aku tak teragak-agak untuk terus membayar yuran keahlian demi fruitheart aku yang tercinta. Kira, ini adalah collection themes yang paling menarik dengan harga yang sangat-sangat berpatutan.

Salah satu theme menarik dari Elegantthemes

Salah satu theme menarik dari Elegantthemes

RM70, berpatutan ke boy? Aku senyum seraya berkata dengan bersahaje ‘Aku tak habis lagi cerita, ko dah menyampuk. Rilex brader’. Jikalau hanya satu themes sahaja, memang la aku pun tak terigin nak bayar. Anda akan dapat memiliki hak eksklusif selama 365 hari untuk download dan pakai ke semua theme yang berjumlah 29 Premium theme. Di tambah dengan support dari pihak yang berkuasa (admin). Kalau kita dapat lihat di web-web wordpress themes provider, harga untuk satu theme premium sahaja dah bernilai lebih kurang $30-$50. Tetapi, ellegantthemes dengan bersahaje memberikan full access selama setahun untuk ke semua collection nya yang sangat memukau selera anda. Aku percaya, hari demi hari akan ada lagi terbitan demi terbitan themes yang terbaru lagi cun di dalam koleksi elleganthemes ini. So, apa yang aku nak rasa rugi?

Kalau sebelum ini, fruitheart aku akan sentiasa tak berpuas hati dengan themes pada blog nya. Tapi sekarang, dia dah boleh menarik nafas lega disebabkan elleganthemes mempunyai themes yang dapat meluluhkan jantung bila aku melihatnya sendiri. Aku pun jenis orang yang sangat cerewet dalam hal-hal ini. Jadinya, ia dapat juga mengurangkan pembuangan masa aku untuk pemilihan themes yang menarik untuk di pakai. Apa yang menariknya, elleganthemes membenarkan themes nya di gunakan tanpa had limit bilangan blog (domain). berikut adalah kenyataan dari pihaknya:

How many sites can I use your themes on?

Once you join Elegant WordPress Theme, you can use each of our theme on as many websites as you like, provided that you own each site. You are forbidden to resell or redistribute the theme to others.
***Quote di atas adalah di ambil dari ruangan FAQ ellegantthemes

Jadinya, dengan bersahaje aku terus subscribe dan membayar untuk menjadi salah seorang ahli ellegantthemes sebelum promosi ini berakhir tidak lama lagi. Peluang hanya akan datang sekali sahaja. Aku tak nak menagis di kemudian hari disebabkan hanya dengan bayaran yang seciput itu. Apa yang aku pegang dan percaya adalah kepentingan kualiti untuk menghasilkan kepuasan hati sama ada untuk pembaca blog ini dan juga diri aku sendiri :)
Agak-agak la kan, tak terliur ke anda bila melihat themes yang telah di hasilkan oleh ellegantthemes ni? Perasaan aku sangat meluap-luap ingin ketahuan dari mata hati anda semua….
Posted in Arena Blogging, Featured
Copyright © 2010 Reza Mohyin.