written by boy_bersahaje on December 30th 2009

Langkawi: Percutian hebat tapi ekonomi
Kadang-kadang bila badan terasa letih minda terasa kekacauan, tiada apa yang boleh di lakukan selain bercuti dari kesibukan kota dan kerja. Percutian yang hebat mampu menenangkan fikiran dan melepaskan segala kekusutan di kepala. Berbeza rasanya bercuti dan duduk di rumah dengan bercuti ke tempat-tempat peranginan kan? Fikiran yang tenang dan semangat yang kembali pulih untuk berhadapan dengan kerja adalah hasil dari percutian yang hebat! So, aku, fruitheart dan teman-teman telah meluangkan 3 hari 2 malam mengahabiskan masa untuk berjoli sakan di Langkawi. Walaupun aku tidak mengalami apa-apa tekanan perasaan dan jiwa kacau, percutian mampu menjana keproduktivitian otak aku yang telah tercemar dek unsur-unsur kuning kemalasan. Perancangan yang teliti selama 2-3 bulan tanpa sebarang guidance melainkan mozilla firefox dan stremyx 356kbs; alhamdulillah percutian kami amatlah kesoronokanullazi
(seronok betullah tu kan :P)
Pada awal pagi 25 Disember 2009 kami telah bertolak pergi ke Jeti Kuala Perlis. Tiket ferri jam 10AM. Apa yang melemahkan aku bercuti pada peak season ini adalah keramaian manusia bagaikan semut yang mencari makanan untuk princess nya. Tidak percaya? Haa tengok gambar bawah tu.

Dari kiri: boy_bersahaje, Wan, Lin and Amurl (Fruitheart ambik gambar)
Agak kelemasan aku kat jeti tu bersama teman. Tapi semangat balik bila ferri dah sampai :). Perjalanan dari Jeti Kuala Perlis ke Langkawi mengambil masa selama 1 jam 10 minit. Ferri agak selesa dengan penghawa dingin jenama York digunakan, mampu buatkan anda kekerasan sebentar.

Dalam ferri ke Langkawi
So, sesudah sejam dan 10 minit, kami pun tiba di Jeti Langkawi. Perut kelaparan, badan pula agak kelemahan. Kami singgah sebentar untuk menjamu selera di restoran mamak yang terletak di hujung jeti Langkawi. Harga makanan standard price mamak dan aku pekena nasi briyani ayam. Licin pinggan aku macam baru lepas basuh. Inilah akibat kerakusan dan kegelojohan aku pabila kelaparan.

Ngap-ngap!
Sesudah kami bersantap, proses mencari kereta untuk di lenjan pun berjalan. Harga time season peak sangat lah tidak masuk akal. Kereta sewa jenama Wira pada kadar RM100 sehari. Kalau hari biasa boleh dapat lebih kurang separuh je dari tu. Nak buat camana terpaksalah kami pasrah…
Untuk first destination kami adalah check in chalet. Chalet yang agak kemodenan di lengkapi dengan perabot dari IKEA, membuatkan aku dan Wan terkesima bila menjejakan kai ke dalam nya. Mana tak, harga yang sangat reasonable dan affordable; RM150 satu malam dilengkapi dengan TV LCD LG 32 inch, katil queen size dan suasana ala-ala Chalet 4 star. Kami melabuhkan badan ke katil yang cukup empuk. Rasa macam tak nak keluar dari situ.
Setelah berkendiri, kami meneruskan perjalanan kami dengan melawati Langkawi Cable Car. Macam biasa lah, manusia seperti semut. Harga tiket hanya RM15 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. jangan lupa untuk membawa Mykad anda untuk megelakkan dari di charge RM30. RM15 hanya diberikan kepada rakyat Malaysia sahaja. Aku agak gayat even dah pernah naik 2-3 tahun yang lepas. Rasa takut yang amat dek ketinggian yang mencecah 500-600meterketinggian dari aras laut; tapi aku tetap bersahaje

Masyarakat yang ramai di Langkawi Cable Car

Fruitheart menangkap gambar

5 sekawan seronok bergambar
Setelah kepenatan ber cable car, kami singgah melepak di sebuah gerai berhampiran. walaupun makanan dan minuman tak berapa nak sedap, tapi kami enjoy di situ.

Buah kelapa tua dan rojak western bersama Amurl yang menunjukan tanda ketenangan (Peace)
So, dah penat berjalan, masa untuk shopping barang-barang keperluan ke Pulau Payar (aktiviti keesokan hari) sebelum menjamu selera di Restoran RAsA. Pelbagai makanan eksotik dihidangkan tidak lupa makanan kebaratan dan juga ketimuran tengah. Aku hanyalah seorang pemuda jawa yang sejati, hanya makan nasi goreng.

Rambut dan fruitheart. Sayang kamu seh!
Pada keesokan, aktiviti utama kami ialah ke Pulau Payar. Pulau Payar ni tempat untuk snorkeling melihat keindahan di dalam laut yang cetek. Tengok-tengok ikan sambil menelan air laut yang masin :P. Harga untuk ke Pulau Payar hanyalah RM100 dilengkapi dengan ferri pergi dan balik, launch, dan perlalatan snorkeling.

Proses pengambilan tiket ke Pulau Payar

Memasuki Ferri ke Pulau Payar

Aku yang bersahaje di atas ferri ke Pulau Payar

Sudah sampai! Yeba-yeba!

Mari bersnorkeling
So, bila dah sampai Pulau Payar, anda semua mestilah mengambil peralatan snorkeling dan juga makanan. Dah setlle semua urusan barulah boleh snorkeling dengan aman.

Tadaaaa!!!!
Aktiviti Pulau Payar ni mengambil masa seharian dari jam 10am ke 4 pm. So, kalau ada plan nak ke Pulau Payar ni kena lah rancang betul-betul masa anda. Takut ada pula aktiviti yang tak dapat nak buat disebabkan ke Pulau Payar ni. Masa dari jeti Langkawi ke Pulau Payar lebih kurang sejam. Jauh dia dari jeti adalah 35km ke selatan.
So, kejadian aku di Langkawi berakhir pada hari keesokanya pula. Kami sempat lah membeli gamat kiriman dari parents dan juga coklat kiriman dari teman-teman. Tak lupa juga berkaton-katon rokok yang murah.. Huhuhu.

Dinner di Sandy Beach Resort

Membeli-belah gamat sambil tawar-menawar. Mana boleh tak tawar kalau aku yang pembelinya. Kihkihkih

Amurl dan fruitheart di Dataran Langkawi
Kos? Dari segi kos yang telah dibelanjakan termasuk hotel, ferri pergi dan balik, Pulau Payar dan juga kereta sewa hanyalah rm320 untuk 3 hari 2 malam. Kira kos ni adalah agak murah disebabkan kami pergi pada peak season. Tapi, bagi yang teringin untuk pergi ke Langkawi dan membuat pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik, pada bulan 5 (cuti sekolah dan juga cuti sem) aku ada menawarkan servis pekej ke Langkawi dengan harga yang tak masuk akal yang mampu dirasai oleh semua golongan pelajar dan juga masyarakat. Kalau pelajar pun dah mampu, memang murah la kan?
Apa kata anda pula berkongsi sedikit sebanyak pengalaman anda yang pernah ke Langkawi ni. Pengalaman pahit ke buruk ke apa-apa sahaja. Yang penting kita share dan merasai kehangatan nya bersama dengan bersahaje!
Salam bersahaje dari boy-bersahaje…Yeba-yeba.
Posted in Featured, Merayap
written by boy_bersahaje on December 23rd 2009
Dalam apa jua perniagaan, pelaburan adalah suatu tindakan yang sangat penting. Pelaburan umpama nadi bagi sesebuah perniagaan. Baik dan buruk pelaburan bergantung pada tahap ekonomi dan perancangan sesebuah perniagaan. Begitu juga dengan arena blogging. Pada asasnya, pelaburan pada arena web-sphere adalah tidak seperti pelaburan sebuah syarikat konvensional. Hanya sekelumit sahaja di perlukan bergantung pada hasil yang anda inginkan. Contohnya, jika kita mahu kan traffic yang berduyun-duyun, seperti manusia di pasar malam Kangar, maka pelaburan tersebut bukanlah sekecil RM10 sahaja. Dan jika kita mahukan web kita popular dan sentiasa hangat diperkatakan oleh masyarakat, seperti cerita Avatar di pawagam, pelaburanya juga bukanlah sekecil membeli DVD cetak rompak.
Bergantung pada apa hasil dan target yang anda rancangkan, jika besar hasilnya, pelaburanya juga mesti lah besar. Dalam dunia online, apa yang aku biasa tekankan dalam diri adalah backlinks sesebuah web Apa itu backlinks? Backlinks atau kata pendek BL adalah di mana link web kita terdapat didalam sesebuah blog atau web orang lain. Seperti yang terdapat pada blogroll di bahagian sidebar, blog directory, article directory dan sebagainya. Apakah kepentingan BL? BL diperlukan untuk meningkatkan kepentingan sesebuah web itu pada algorithm Google atau lebih dikenali sebagai Pagerank (PR). Semakin tinggi PR sesebuah blog, semakin baguslah backlinks mahupun kualiti nya. Ia juga dapat membantu sedikit sebanyak dalam ranking sesebuah blog di enjin carian Google atau SERP (Search Engine Result Page). Kiranya, BL juga adalah salah satu cara untuk mengoptimasikan SEO sesuatu web. Bagaimana cara kita untuk menyebarkan backlink web kita agar ia berkembang dan bertambah? Aku akan huraikan untuk post yang akan datang. Tapi kalau aku lupe, ingat kanlah ye. Huhuhu.
Dah tu apa yang pelaburanya kalau kita nak sebarkan backlinks? Haa, di sinilah terdapat jual dan beli links untuk para penggiat link broker. Mereka akan mengenakan charge tertentu untuk kita meletakkan link di beberapa sudut blog atau web nya. Ada yang mengenakan charge dari RM15 hingga ke RM 1000 bergantung pada tahap kualiti dan PR nya. Jadinya, kiralah berapa banyak yang akan anda laburkan untuk mendapatkan PR dan kedudukan yang baik bagi sesuatu blog.
Selain daripada backlinks, pelaburan yang penting untuk sesebuah web adalah pada kekemasan dari segi penampilanya. Bagi aku, web yang pro adalah dari web yang mempunyai gabungan warna yang agak korporat seperti biru muda, putih dan warna-warna yang terang sedikit. Selain itu, perkara yang paling penting adalah header bagi sesebuah web. Header yang mempunyai rekaan terkini bersama flash mampu untuk menarik pengunjung datang kembali ke web anda. Ia juga mempengaruhi sales jika anda menawarkan produk atau pun service pada web berkenaan. Pelaburan di sini adalah, mengupah pakar designer untuk menghasilkan design yang sangat bersahaje dan bombastik!
Kenapa tiba-tiba sahaje aku bercerita pasal web dan bukanya blog? Hurmmm…Soalan yang sangat bagus! Buat pengetahuan pembaca yang dihormati, aku sekarang sedang bergiat dan mencari-cari sesuatu yang baru sebagai melebarkan lagi sayap jenis perniagaan Reza Mohyin Trading & Services (JM0526145-P). Bukan berkenaan dengan web-design mahupun pembangunan web. Tetapi lebih kepada servis provider dalam industri pelancongan. Insya-Allah akan siap sepenuhnya pada Mei 2010. Harap kalian doakan ke-suksesan projek aku kali ini. Salam bersahaje dari boy_bersahaje
Posted in Arena Blogging, Featured
written by boy_bersahaje on December 20th 2009
Kebagusan sesebuah blog adalah datang nya dari beberapa faktor yang kita perlu ketahui. Sesuatu blog yang mantap mampu untuk memikat hati pengiklan untuk mengiklankan produknya di blog kita walaupun blog tersebut masih mentah untuk di ukur dengan blog-blog yang sudah lama bertapak. Mengapa? Ini disebabkan pengiklan juga adalah manusia yang sama seperti kita; tahu menilai dan menghargai sesuatu yang berharga. Lapangkan minda dan pemikiran korang untuk meneruskan pembacaan entri kali ini yang aku buat sewaktu keseorangan di rumah ditemani ngauman kucing, desiran kipas dan ketukan keypad keyboard :).
Advertising atau pengiklanan adalah nadi utama penjanaan duit dari blog. Tanpa pengiklan tidak mungkin kewujudan blog akan mencecah hingga berjuta-juta bilanganya di internet. Percaya atau tidak, dalam masa sehari sahaja, ribuan domain akan expired dan ribuan blog juga akan lahir dari hari ke hari. Peluang ini lah yang kita tak nampak sedangkan ia berlaku di depan mata kita. Cara yang betul, Insya-Allah akan dapat membantu kita untuk memikat hati pengiklan. Tapi bagaimana? Pertama sekali, perkara yang paling penting yang perlu ada dalam sesuatu blog adalah contents. Blog yang bagus adalah blog yang mempunyai isi kandungan yang unik. Aku pasti ada juga antara kamu yan kurang pasti apa itu isi kandungan yang unik. Unik bermakna lain daripada yang lain dalam erti kata lain adalah tiada yang sama. Contents yang unik atau tidak mencerminkan attitude seorang blogger. Blogger yang bagus tidak akan copy dan paste hasil penulisan orang lain yang juga di panggil plagiat atau cetak rompak. Bagaimana untuk mengetahui sesuatu tulisan adalah unik atau tidak? Sila layari CopyScape.com. Laman ini menyediakan servis percuma untuk mengenal pasti sama ada sesebuah blog itu mempunyai contents yang unik atau tidak. Maka, perbuatan ciplak contents sangat mudah untuk dikesan oleh pengiklan :).
Kita teruskan lagi, apakah ciri-ciri lain yang diminati oleh pengiklan? Sememangnya appearance. Appearance antara ciri terpenting untuk menarik minat advertiser, macam cinta pandang pertama la kan. Theme atau template yang sangat professional adalah ciri-ciri untuk menambat hati para pengiklan. Apakah ciri-ciri pro yang aku maksudkan tu? Berikut adalah yang telah di kenal pasti:
1) Mempunyai google adsense
2) Mempunyai iklan affiliate yang selaras dengan niche blog tersebut
3) Tiada unsur-unsur peribadi seperti gambar-gambar personal atau nota-nota luahan hati
4) Theme atau tema yang selaras dengan niche selain kekemasan.
5) Bebas daripada iklan yang di keluarkan dari negara Asia Pasifik.
6) Bebas dari icon-icon kebudak-budakan atau senang cakap icons yang cute2.
So, 2 ciri-ciri di atas itu adalah ciri-ciri yang teramat penting yang perlu korang pastikan sebelum memulakan langkah marketing :). Insya-Allah, aku akan sentiasa berikan lagi tips-tips yang tidak seberapa dalam arena blogging khas untuk tatapan korang semua :). Ada apa-apa pertanyaan atau cadangan? Jom kita borak kat ruang bawah tu…Salam bersahaje dari boy_bersahaje
Posted in Arena Blogging, Featured
written by boy_bersahaje on December 16th 2009
Assalamualaikom dan salam sejahtera kepada meraka yang bersahaje membaca blog bersahaje ini. Harapan aku gar kamu semua sehat di samping keluarga dan orang yang tercinta :). Dah pun masuk bulan 12. Penghujung bulan dalam tahun. So, apa yang kamu semua dah plan untuk bulan ini? Mesti macam-macam preparation yang telah dibuat kan? Whislist, perancangan bisnes, improvement diri dan sebagainya. Aku? Seperti kamu jugak. Ada beberapa whislist dan improvement diri yang akan terjadi for the next year. Tapi bukanlah impian yang besar sangat pun. Sekadar apa yang mampu. Huuhuhu.
Pada bulan lepas, rezeki aku dalam blogging agak kemerunduman. Mungkin fokus aku telah hilang pada blog-blog niche aku. Banyak aktiviti dan kerja perlu aku fokus pada Master. Interview scholar, orentasi, conference dan banyak lagi. Pulak tu, internet aku memang ade problem dah dekat 6 bulan. Buat pengetahuan kamu orang, selama aku di perlis ni aku just menumpang dan menyusahkan komputer-komputer member-member aku macam Cik Non, Maidin, Nuar, Asri, Atan dan jugak fruitheart aku. Huhuhu.Sakit, memang sakit. Tapi nak buat macam mana. terpaksa la. Insya-Allah, dalam bulan ni internet akan masuk menyerang kediaman aku di Kg Wai atas usaha house mate aku, Muhyiddin. Alhamdulillah, bersyukur aku ke hadrat Nya, moga-moga ini adalah titik yang lebih memberangsangkan dari bulan-bulan yang lepas untuk aktiviti blogging aku. Hidup aku umpama merempat. tengah-tengah syok blogging, tetiba tuan punya Komputer nak pakai. Terpaksalah aku dengan terbuka hati melepaskan dan menutup segala aktiviti aku dengan serta-merta. So, pada bulan lepas, aku banyak menghabiskan masa dengan melepak pada waktu malam di rumah dengan menonton tv atau wayang.
Alhamdulillah, dah masuk pertengahan bulan 12 ni, sales pun makin bertambah. Dah kira-kira dapatlah dalam $300 sampai 16 haribulan ni. Kira ade lagi 2 weeks untuk aku naik kan lagi sales. Yelah, 25 haribulan aku akan berjalan ke Langkawi bersama fruitheart dan rakan-rakanya dari Subang. Duit ada baru lah syok nak berjalan. Walaupun ini bukanlah trip kali pertama, tapi aku tetap berdebar-debar hendak ke sana. Seronok beb pergi ke Pulau Payar, mangrove, naik banana boat, cabel car dan melepak di pantai Chenang. Huhu kompem release tension. Lepas balik dari Langkawi, baru boleh all out buat kerja dan study.
Buat rakan-rakan Universiti, JB, Bloggers dan semua yang mengenali aku. Semoga segala impian dan whislist pada tahun ini dah pun terlaksana dengan jayanya. Aku tak de whislist sangat pun untuk tahun ni. Hahahaha. Semoga hari-hari yang mendatang akan menjadi yang lebih baik dari hari-hari yang lepas. Salam bersahaje dari boy_bersahaje!
Posted in Arena Blogging, Bersahaje
written by boy_bersahaje on December 3rd 2009
Air conditioner has become a necessity today because of the scorching heat of sun outside. But air conditioner consumes a lot of electricity. Here we will learn how to save electricity while enjoying the comfort of air conditioner.
First thing to keep in mind is to buy a proper size unit for the area to be cooled and intended number of persons occupying the room. A big size AC will be expensive and will consume more electricity. Hence, save money and conserve electricity by purchasing a required size unit.
Properly select the location where you are going to set up your AC. It should not be in direct contact of sun otherwise its performance will go down and it will also consume more electricity.
A room should be properly insulated where AC is installed. There should be no opening space for air to go out otherwise efficiency of AC will go down as the air is leaking out. For this, check all the opening space in the room and seal that. Put curtains on your window to stop the sun rays entering in your room.
Many times in extreme summers you bring the temperature of your AC to a very lower point. But you might not know that lowering the temperature by 1 degree increases the energy consumption by 2%. Hence, try to increase the temperature of your AC up to a point where it does not make much difference to cooling.
Your AC also need a regular check up. Its filter need periodic cleaning, to check the status of filter hold it in sunlight, if you are able to see across then it doesn’t need any cleaning otherwise it does. You can read the user’s manual to know more about AC cleaning like fans cleaning, condenser coils cleaning.
At moderate temperature, ceiling fans can provide very low cost comfort. These fans improve the air circulation in your room and raise the air conditioner’s thermostat. Like this, fans can make your air conditioner’s job easier while saving you money. Ceiling fan uses only one-tenth of electricity in comparison to electricity consumed by a home air conditioner.
By now it must be clear that AC consumes a lot of electricity. So never use it to cool a empty room when nobody is present in that room. Whenever you go out of your home, you can set the automatic timer of AC to get a cool room. Save electricity and you will get it back.
Posted in My Study