pakej-lengkap-linkbuilding

AC Induction Motor

written by boy_bersahaje on November 19th 2009

Ini Lah AC Induction Motor

Ini Lah AC Induction Motor

Hari ini, aku memotong material plate. Plate yang dikategorikan sebagai Grain oriented. Material ini dicipta oleh jurutera dan saintis bahan (mungkin) untuk membina machine. Aku membuat kajian berkenaan dengan ‘Machine design’. Machine design aku adalah motor. Bukan motor LC mahupun motor RXZ Catalyzer. Tapi, AC Induction motor. Induction motor ini adalah hasil gabungan antara Faraday’s Law dan juga Lenz Law.  Motor tebahagi kepada 2 item. Stator dan juga rotor. Stator adalah item di mana ia kekal tidak bergerak. Stator ini adalah tempat untuk letaknya rotor. Rotor pula adalah bahagian yang bergerak dan berputar. Kajian aku adalah kepada stator. Aku membina 2 jenis stator dari berlainan thickness material. 0.35mm dan juga 0.5mm. Aku perlu mengkaji apakah perbezaan characteristic di antara kedua-dua materials tersebut dan yang paling penting, yang mana satu memberikan efficiency yang lebih. Efficiency ini lah yang kita ukur untuk membina sesuatu produk. Lebih tinggi efficiency nya, lebih bagus machine itu dicipta. Efficiency juga dapat mengurangkan LOSS atau kerugian. Di dalam sesebuah machine, loss akan berlaku dengan banyak. Loss ini lah yang perlu dikurangkan untuk penjimatan wang ringgit.

Kiranya, andai kajian aku berjaya, TNB mampu untuk mengurangkan beban kerugian tahunan 2-3%. Aku boleh jangkakan lebih kurang RM10-Rm20 juta penjimatan setahun. Calculation sebenar belum lagi dibuat. Dalam masa terdekat akan aku tunjukan. Test yang pertama aku akan jalankan pada esok hari (Jumaat) adalah Epstein Test. Epstein test ini adalah salah satu test pada material tersebut (Grain Oriented Material) untuk melihat perjalanan dan nilai flux sebelum material itu di ubah menjadi stator. Ini adalah penting sebagai reference aku apabila machine yang aku bina telah siap. Reference yang menunjukan bahawa design yang aku cipta tersebut adalah bagus dan kurang kesilapannya. Oleh itu, tadi petang aku telah memotong material tersebut bersama fruitheart aku di Pusat Kejuruteraan Unimap. Pemotongan berjalan selama 1 jam dan setengah. Material tersebut di potong berdimensi 250mm x 30mm.

Fruitheart aku lebih berpengalaman dalam magnetic material ini. Ini disebabkan pada project tahun akhir Degree nya dahulu adalah berkaitan dengan material ini. So, aku banyak belajar dari fruitheart aku. Fruitheart aku banyak membantu aku dalam pemahaman yang lebih mendalam untuk permulaan kajian aku itu. So, malam ini aku akan pergi ke Kluster Penyelidikan Unimap untuk mengkaji dan study teori dengan lebih mendalam.

Aku sudah keseronokan dan high dengan kajian aku! Maafkan aku blog. Bukan niat untuk memencilkan kamu. Hanya perlu melakukan mana yang lebih penting. Aku sayang akan kamu blog. Aku pun pasti, kamu sayang dan rindukan sentuhan aku padamu. Aku bukan mengalah pada mu. Cume perlukan waktu untuk fokus pada pelajaran ku…Sekali lagi, maafkan aku blog.

Posted in My Study

Kehidupan ku di sini…Mungkinkah selamanya?

written by boy_bersahaje on November 10th 2009

Muka ku seperti ayam penyet!

Muka ku seperti ayam penyet!

Bangun pagi jam 6.30am, aku melakukan kewajipan sebagai hambaNya. Setelah itu aku akan terus mesej atau menelefon fruitheart aku; wish morning glory kepadanya. Setelah itu, aku akan terus membuka si Yob untuk memantau perjalanan bisnes internet aku atau pun sale hasil blogging. Kalau ada apa-apa order aku akan pantas melakukanya tanpa perasaan segan dan silu (beselah dapat duit kan :P). Setelah itu aku akan monitor ke semua blog niche aku. Tengok-tengok aje. Maklumlah, sayangkan blog yang telah kita usahakan. Kata-kata hikmat Southern Blogger ‘Blog bukan hamba kita’ sentiasa disemat dalam pemikiran dan hati. Ini lah yang membuatkan aku sayangkan sangat blog-blog aku semua  even mereka tidak memberikan aku keuntungan dari sudut kewangan. Mungkinkah ini yang dinamakan Blogger sejati?

Setelah lebih kurang 7.30am, aku akan berkendiri seperti mandi dan bersiap untuk pergi ke kluster penyelidikan. Memakai seluar jeans beserta t-shirt yang simple atau pun bergrafik. Bergaya seperti seorang yang tinggi cita-citanya. Tidak ketinggalan juga rambut yang tidak berapa kemas di rapi kan dengan gel untuk kelihatan seperti Rashidi atau Awal Ashari (Die hard fan Awal beb!!!) Setelah berpuas hati dengan penampilan, aku akan terus memakai kasut yang sudah berumur lebih kurang 3 tahun. Aku sangat sayang kan nya. Memakai setokin yang sudah seminggu di gunakan. Mungkin kamu semua memikirkan aku seorang yang pengotor bukan? Memang bukan! Aku adalah seorang yang tidak mempunyai kaki yang berbau seperti kamu ya, ingat itu! So, seminggu sekali atau 2 minggu sekali aku akan membasuhnya dengan mesin basuh separa automatik yang agak vintage.

Setelah itu, aku akan terus ke kereta kesedaran civic jenama dari Jepun itu. Mengambil masa kurang setengah minit untuk memanaskan nya, aku gunakan kesempatan tersebut untuk menelefon fruitheart aku. Ini adalah untuk memastikan sama ada dia sudah bersedia atau belum untuk bertolak ke destinasi seterusnya. Aku menutup pintu kereta dan terus memacu ke arah rumah fruitheart aku itu. Setelah melemparkan senyuman kepada fruitheart aku, aku meneruskan ke destinasi memenuhkan perut dengan roti canai dan nasi lemak di kempilkan bersama dengan teh tarik. Pheww!!! Walaupun tidak sesedap makanan di Restoran Mai-Angullia, tapi cukup untuk buat aku puas.

Aku dan fruitheart di Kluster

Aku dan fruitheart di Kluster

Habis sudah makan di Kuala Perlis, aku akan meneruskan perjalanan terus ke tempat untuk aku melakukan penyelidikan. Penyelidikan apa yang aku lakukan adalah berkenaan dengan…akan aku ceritakan nanti. Duduk di hadapan komputer, membaca apa yang patut. Buat masa ini, aku masih lagi di peringkat Literature Study. Itu bermakna aku hanya akan mengkaji teori secara mendalam berkenaan dengan penyelidikan aku itu. Baca papers yang telah di publish (aku akan ceritakan nanti apa itu ‘paper’), search apa yang patut di Internet dan juga buku-buku reference yang telah di pinjam di perpustakaan. Buat pengetahuan kamu orang, student MsC di benarkan untuk meminjamkan 25 buah buku pada sesuatu masa. Huh, bilangan yang agak banyak.Puah hati!!!

Setelah penat aku membaca, aku akan menjadi blogger untuk seketika. dalam sejam ke dua jam sahaja bagi mengurangkan stress aku. Sambil mengacau fruitheart, aku tetap akan mengikuti perkembangan dunia blogging di beberapa buah forum yang aku minati. Kadang-kadang dapat job :) kadang-kadang tak dapat. So, aku rilex sahaja.

Tepat jam 4.30pm, aku sudah merasa kepenatan dan kebohsanan klau tiada lagi kerja yang aku perlu lakukan. Aku akan balik bersama dengan fruitheart, lepak minum di tepi pantai yang sangat indah dan nyaman pemandanganya. Dengan angin yang bkan sepoi-sepoi bahasa, ia mampu menjana untuk menjadi ‘Angin Jahat!!’. fuh, pekena cendol dan bihun sop memang perkara yang diimpikan oleh setiap anak muda yang masih bujang seperti aku di waktu petang setelah penat bekerja dan berfikir… Sampai di rumah dalam jam 6-6.30pm, aku bersiap untuk mengeluarkan peluh dengan bermain futsal di gelanggang yang telah disediakan oleh pihak Uni.

Sangat lega dan puas setelah encik peluh keluar tanpa segan dan silu lalu membasahkan seluruh tibuh ku. Aku balik ke rumah dan berkendiri untuk menempuh malam yang di nanti (bukan maam sunat ya, kami masih bujang, Ingat itu!!!) Setelah wangi dan kacak dengan berseluar bermuda dan t-shirt bundle yang aku beli kat Danga Bay, aku pun terus melabuhkan punggung menonton tv untuk mengetahui perkembangan dunia terkini di Buletin Tv3…

aku peminat ChelseaKalau ada game Chelsea, aku pastikan tidak akan ketinggalan menyaksikanya. Tak pun, mana-mana game yang best. Bukan apa, nanti senang nak paku mana-mana fan selain Chelsea. Kihkihkih. Paku-memaku tu amalan yang boleh mengeratkan lagi silaturrahim sesame di-hard-fan peminat EPL di Malaysia ni. Janganlah sampai bergaduh pulak. Relax dan bersahaje sudah…

Posted in Diari, My Study

Fakta: Panaskan enjin kereta; mitos atau kebenaran???

written by boy_bersahaje on November 6th 2009

A’kom rakan-rakan di luar sana. Apa lah khabar kamu orang agaknye ye? Harapan aku agar kamu orang sentiasa sehat dan cargas bersama insan-insan tercinta. Aku? Sentiasa bahagia ditemani fruitheart dan rakan-rakan yang tidak berapa betul. Kihkhihkhih. So, entri kali ini off topik dari blogging. Aku dapat information ni dari email. Aku pasti ramai yang dah tau. Tapi, apalah kiranya kalau aku dengan bersahajenya menyampaikan lagi untuk tatapan mereka yang belum mengetahuinya…Untuk makluman kamu orang, aku faham dan percaya yang aktiviti memanaskan enjin kereta adalah bagus untuk penjagaanya. So, adakah benar atau tidak pemahaman aku tu, jom kita baca dan diskusi sama-sama. Selamat membaca…

Bermula di sini…

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

panas enjin kereta 300x225 Fakta: Panaskan enjin kereta; mitos atau kebenaran???

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana?

Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

asap kereta 300x225 Fakta: Panaskan enjin kereta; mitos atau kebenaran???

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

honda engine 300x296 Fakta: Panaskan enjin kereta; mitos atau kebenaran???Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin.. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kehijauan-bumi

Kehijauan-bumi

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Berakhir di sini…

Haaaa, apa pendapat kamu orang??? Jom kongsikan kat bawah tu…

Posted in Bersahaje

Laporan: Hujung minggu yang beronggeng!!!

written by boy_bersahaje on November 2nd 2009

Aku dan Smartzul

Aku dan Smartzul

Letih badan naik 2 bus. From Jb to Shah Alam then from Shah Alam to Kuala Perlis. Dekat 15 jam dalam bas. Tapi semangat ini mengatasi segala-galanya disamping bertemankan fruitheart yang tercinta :). So, bagaimana weekend kamu orang di luar sana? Aku pasti dan yakin, mesti lagi bersahaje dari aku kan? Huhu. Weekend kan masa untuk kita berehat dan melapangkan minda dari terus dibayangi dengan hal-hal yang membebankan kepala. Tak gitu? Actually, pada weekend yanag lepas ni, aku balik ke JB adalah untuk menyelesaikan beberapa projek dan juga isu yang berkenaan dengan Jambu. Alhamdulillah, beberapa objektif dah pun tercapai. Tinggal perlaksanaan sahaje berserta dengan sedikit masa untuk proses observation. Bukan ape, setiap keputusan dan objektif boleh tercapai, tetapi keberkesananya juga perlu kan penelitian dan masa. Dari situ baru lah kita dapat menilai sama ada keputusan yang telah dibuat itu efektif atau tidak.

Setelah selesai segala-galanya, aku pun banyak membuang masa terluang dengan melepak sambil belajar bersama-sama blogger dan hotai IM yang terkenal di Malaysia. Pada malam Jumaat malam Sabtu kami; Rohaizad, Smartzul dan juga aku telah melabuhkan punggung di sebuah medan selera yang baru, Tepian Tebrau. Boleh tahan juga tempat ni, just toilet dia tak berapa boleh nak blah. Inilah masalah yang biasa kita temui hampir kebanyakan medan selera. Bila tiada kemudahan, masyarakat kebanyakan akan mengeluh dan complaint. Tapi bila kemudahan cantik dah disediakan, vandalisme dan kerosakan mudah sahaja berlaku. Sayang seribu kali sayang tapi sebagai masyarakat yang berkesedaran civic, aku hanya mampu melihat dan menutup hidung…

Khusyuk berborak bersama Smartzul
Khusyuk berborak bersama Smartzul

Banyak topik yang telah kami bincangkan secara tidak sengaja. Actually, 2 orang ini adalah sifu aku. Aku belajar membina blog dari produk dewa Smartzul iaitu Pakej Kit Blogger. Produk yang sampai sekarang aku masih jadikan sebagai refrence dan guidance. Produk yang buatkan aku kenal apa itu wordpress dan segala macam hal yang berkaitan denganya. Thanks a lot Zul. Aku bangga dapat berjumpa dengan owner produk Pakej Kit Blogger ini. So, tidak lain dan tidak bukan banyak aku bertanyakan asal-usul, rintangan, product-launching dan sebagainya. Memang banyak betul dugaan yang Zul hadapi terutama semasa hendak merasmikan jualan ebook ini. Mana tak nya, pada tarikh yang telah dirancang (4 tahun lepas!!!) untuk proses perasmian, hosting Zul telah di suspend disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Aku dapat rasakan betapa kusut kepala masa itu andai aku di tempatnya. Tapi, brader Smartzul ni rilex dan bersahaje. Akhirnya, setelah penat dan lelah dikorbankan, produk yang sememangnya sentiasa menjadi buah mulut blogger kini menjadi antara produk yang disegani dan sentiasa mendapat permintaan. Satu produk yang sangat informatif meyebabkan ia mampu bertahan di arena Internet Malaysia selama lebih 4 tahun. Huh!!! Congratz Zul. Sekarang ni Zul dalam pembikinan menulis 3 buah buku. Selain itu, ada juga aku bertanyakan dan berbincang menegenai isu-isu hangat dunia Internet Marketing Malaysia. Bagaimanakah nasib dan masa depan, produk-produk, attitude dan banyak lagi. Thanks Zul, sudi berdiskusi dengan penuh sifat keterbukaan. Aku sangat selesa dengan itu. Huhuhu. Insya-Allah, aku akan buat satu sesi review untuk produk Pakej Kit Blogger untuk kalian yang masih terkapai-kapai dalam pemasangan blog wordpress. Tunggu ya.

Pada malam tersebut juga, kami ada membincangkan future project bersama. Bukan keuntungan yang kami bincangkan ye. Tapi, projek ini adalah salah satu usaha kami yang mungkin dapat mengajar dan menegakkan beberapa isu yang semakin runcing dek manusia yang mementingkan wang ringgit lebih dari nilai sesebuah produk. Jangan ditanya apakah projek tersebut. Bukan tidak mahu untuk menceritakanya tetapi adalah lebih baik berdiam dulu kerana ia baru dirancang :). Ingat, ini bukan projek terbitan ebook baru ya. Ebook Pakej Kit Blogger pun korang belum lagi beli, ni dah tanye pasal ebook yang lain hahahaha…

Pada keesokanya pula, aku Smartzul dan Rohaizad bermain bowling di Diamond Bowl Johor Jaya. Turut hadir, Azree dan juga Nuaeman memeriahkan acara. Hahaha, habis aku kalah dengan ketiga-tiga opponent. Ijad la paling banyak strike diikuti Smartzul dan Nuaeman. Nak cerita selanjutnya, baca kat sini dan sini. Habis 4 frame, kami menjamu slera Nasi Ayam penyet di Kg Melayu Majideee. Sempat juga berborak dengan owner Studiomuslim.com (Azree). Sempoi je orangnya. Sederhana dan lemah lembut je bila berborak. Ada lah beberapa topik sempat kami berbincang terutamanya berkenaan dengan wang pos. Hentah macam mana boleh timbul topik tu pulak. Hahahaha. Actually, Azree ni datang dari KL. Umah dia kat area Larkin. Tapi pada hujung tahun ni dia dah kene berpindah. Kalau tak dapat lepak sama lagi join kite orang melepak. Huhuhu.

Malam tu pulak, selepas Ijad temankan aku beli tiket bas, kita orang melepak dengan team smart blogging. Abg Joe, Herman dan isterinya. Banyak cerita panas yang Abg Joe hidangkan kat kite orang selain dari 150 cucuk satay yang sangat mencengkam jiwa kesedapanya. Seperti biasa la, Ijad adalah juara bab makanan ni telah menelan hampir 30 batang cucuk dengan berkata ‘Kalau Wan mus ada ni kompem habis 150 cucuk’  hahahaha. Thanks Abg Joe dan Herman yang sudi meluangkan masa berborak dengan kite orang yang riuh-rendah ni. Hahaha. Aku tengok dan dengar cerita dari abang Joe buatkan aku lebih semangat. Ini kerana, sebagai orang lama banyak betul dugaan dan rintangan yang terpaksa dia hadapai. Wa respek sama lu brader!!!

Huh, amacam laporan kali ni? Best kan? Nak lagi best klau kamu orang dapat merasakan kehidupan sebagai usahawan internet. ‘Banyak masa sampai tak tau nak buat ape’, kata Smartzul selaku owner produk Pakej Kit Blogger. Hahaha. So, apa pandangan korang terhadap aktiviti yang aku jalankan seperi di atas? Adakah kamu orang mempunyai kehidupan weekend yang lagi best? Jom kongsikan bersama di sini.

Salam bersahaje dari aku, boy_bersahaje ;)

Posted in Arena Blogging, Bersahaje, Jambuku
Copyright © 2010 Reza Mohyin.