pakej-lengkap-linkbuilding

Niche: Apakah dan bagaimana?

written by boy_bersahaje on October 28th 2009

pemilihan niche Niche: Apakah dan bagaimana?

Alhamdulillah, pelbagai masalah dan cerita yang mengusutkan hampir sahaja selesai ditangani dengan penuh bersahaje! Kestabilam mental dan kewarasan akal memang tercabar. Hanya berpandukan pengalaman dan petunjuk dari Nya dan mereka yang tercinta. Percayalah pada diri sendiri dan yakin la dengan kebolehan yang ada pada kamu orang. Please don’t give up my men!!! Haa, pembuka kata mesti bagi semangat, baru boleh baca entri aku dengan selsesa dan bersahaje. Hidup ni perlukan semangat yang sentiasa panas membakar, baru kita dapat berjuang habis-habisan menegakkan kebenaran yang kian pudar.

Malam ni hujan renyai-renyai, so topik untuk hujan renyai-renyai ni biasanya berkaitan dengan niche blog kamu orang. Niche? pa itu niche dan bagaimana untuk membunyikan nye? Bab2 bunyi ikut suke hati korangla nak bunyikan camne. Aku pun agak tergeliat nak sebut hahaha. Niche ni adalah pengkhususan sesuatu topik untuk blog. Contohnya, niche untuk blog aku dalah personal dan juga blogging. Bermakna, blog ini akan menceritakan hal yang berkaitan dengan boy_bersahaje dan juga perihal blogging. Lain-lain perihal atau topik tidak akan diberi kompromi seperti politik, memancutkan isteri, hasutan, artis dan sebagainya. Penjagaan niche pada sesebuah blog atau website adalah sangat-sangat penting untuk menarik para pelabur di luar sana melabur untuk blog yang korang bangunkan. Accept, korang memang dah niat blogging ni bukan untuk menambahkan pendapatan ;).

Ok, sekarang ni bagaimana kita sebagai blogger ingin maintain niche di blog kita. Untuk pengetahuan kamu orang, aku memiliki lebih kurang 25 niche blog yang mana ke semua blog tersebut sangat menjadi rebutan advertiser. Niche sememangnya bukanlah satu perkara yang senang untuk di kekalkan (maintain) bagi setiap blog yang aku ada. Oleh itu, beberapa penekanan telah aku reka bagi mendisiplinkan diri untuk mengekalkan niche blog daripada out of topic! Berikut adalah cara yang aku gunakan:

  1. Membeli domain yang ada kaitan dengan niche tersebut seperti; technobuzz.net (teknologi niche), healthbuzz.com (health niche) car.com (car niche) dan sewaktu dengan nya.
  2. Theme yang bersesuaian dengan niche tersebut. Sebagai contoh, niche tech; penekanan pada gambar2 gadgets dan juga teknologi yang latest MESTILAH di tampilkan dengan jelas untuk hidangan pelawat kamu orang.
  3. Membaca artikel2 dan press release yang khusus berkenaan dengan sesuatu niche yang korang ingin tulis. Sebagai contoh; korang membaca berita iPhone yang akan mengeluarkan model terbaru dari syarikatnya. Maka, korang pun menulisla berita tersebut di blog yang ber-topik-kan teknologi.
  4. Aku akan fokuskan masa untuk update blog niche dengan kadar yang optimum. Biasanya, satu malam aku perlukan dalam 1 jam untuk update 4-6 blog. Jangan paksa minda dan fizikal korang untuk update sebanyak yang mungkin. Ini untuk mengelakkan dari hasil yang tiada kualiti!!!
  5. Aku jadikan aktiviti harian aku sebagai topik untuk blog niche aku. Sebagai contoh, aku bermain futsal untuk niche soccer. Aku study dan membaca buku di library untuk niche education, aku menghisap rokok untuk niche health, aku berjiwang karat dengan fruitheart aku untuk niche dating. Haaa, kan itu buatkan kamu orang akan merasakan keseronakan ber blogging dengan niche yang khusus!!!

Apakah kepentingan niche? Nape tak nak campurkan semua niche dalam satu blog sahaje? Haaa, bagus soalan tu. Kamu memang bijak!!! Untuk blog yang mencampurkan ke semua niche dalam satu blog, itu di panggil niche General ya rakan-rakan. Buat pengetahuan kamu orang, niche General adalah niche yang agak kemurahan di sisi advertiser. Lebih kurang macam niche personal ;). Jadi, untuk menjadi usahawan internet, kepala dan otak kita mestila terkehadapan dari itu!!! Pelaburan yang sihat diperlukan kalau kita benar-benar mahu jadi seorang blogger kental. Aku tak cakap yang niche general tak boleh buat duit, just itu adalah niche yang tidak perlu di bahaskan. Semua orang boleh bikin maaa…

Apakah niche yang terhebat di pasaran? Biasanya, ini adalah menjadi rahsia bagi yang mengaku dirinya konon sebagai seorang HOTAI. Tapi, tapi ingat aku bukan HOTAI ;). Mengikut statistik niche yang selalu menjadi dan mendap[at permintaan yang sangat rakus adalah seperti berikut:

  1. Finance
  2. Tech
  3. Health
  4. House Improvement
  5. Real estate
  6. SEO
  7. Blogging
  8. Automotive
  9. Insurance
  10. Sports

Tapi ingat, ini demand bukan Malaysia yang punya. Itu negara barat yang punya. So, jangan ngade-ngade nak buang duit korang bikin semua niche di atas dengan menggunakan medium bahasa Malaysia. Ini negara, niche yang paling hot adalah seperti berikut:

  1. Teknik blackhat
  2. Gosip artis
  3. Skim cepat kaya
  4. Rahsia budak malas boleh dapat duit riban-riban
  5. 3gp
  6. Game
  7. Mencari jodoh
  8. Makanan
  9. Politik
  10. eBook

Mungkin pemilihan niche adalah sesuatu yang agak sukar untuk dipilih. Tetapi, dengan rajin membaca dan membuat kajian bagi sesuatu niche dengan lebih mendalam, pastinya itu membuahkan satu keseronokan yang membuatkan kamu orang Addict untuk menambah blog beserta niche yang baru. Tambahan pula, setiap blog yang dibangunkan mampu menjana pendapatan yang agak lumayan jika benar-benar kene pada tekniknya :)

Maka jadinya, pilihan semua ditangan kamu orang.  Kamu oranglah yang menentukan masa depan sendiri di arena internet ini. Aku? Aku hanyalah seorang yang tidak HOTAI tetapi mampu berfikir dengan waras untuk sentiasa memperjuangkan dan menegakkan kebenaran bagi membetulkan minda masyarakat Malaysia berkenaan dengan perniagaan internet yang semakin maju. Maju dengan anasir yang menjengkelkan.

So, apakah niche yang kamu orang bangunkan? Boleh kita tukar pendapat dan kritikan di bawah :). Salam bersahaje!!!

Posted in Arena Blogging

Apa pendapat anda sebagai Peminat M.U???

written by boy_bersahaje on October 27th 2009

Maafkan aku andai korang peminat fanatik M.U. Ini sekadar melepaskan kebohsanan aku yng sedang membuat research DC Motor Induction. Aku memperoleh gambar ini dari rakan ku di Facebook. Thanks Wan :). Marilah berhibur.

Apa kata peminat m.u Apa pendapat anda sebagai Peminat M.U???

Apa pula pendapat dari bahagian Liverpool??? Mari kita saksikan pertembungan hebat ini. Kihkihkih

Posted in Bersahaje

Pembentangan Bajet 2010: Penantian yang penuh debaran!

written by boy_bersahaje on October 22nd 2009

bajet 2010Aku sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa mengharapkan revolusi kepada pembangunanan dan kemodenan negara ini akan sentiasa berdebar apabila tiba waktu pembentangan Bajet negara. Korang pun tahu, bajet kewangan adalah yang menentukan hala tuju pentadbiran serta kemajuan negara kita. Aku suka ibaratkan bajet ni seperti bajet sesebuah family. Kita boleh lihat kecenderungan sesebuah family adalah disebabkan pengaruh sistem kewangan mereka. Apa maksud aku tu? Sebagai contoh, family yang mementingkan pelajaran, hampir ke semua peralatan, perkakas, rutin harian malah idelogi mereka adalah ke arah pendidikan. Ada juga family yang cenderung kepada muzik, travel, fashion dan sebagainya. Kalau aku, family aku adalah lebih cenderung kepada perniagaan. Ketua sesebuah institusi memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan hala tuju dan kejayaan anak-anak buahnya.Klau time Pak Lah dulu memerintah, negara kita banyak fokus pada industri pertanian. Maka, banyaklah peluang-peluang pekerjaan dan kemudahan kewangan dari sektor tersebut seperti loan, seminar-seminar dan juga usahawan. Maka tidak hairanlah kolam-kolam ikan keli, kebun-kebun lada merah dan sebagainya begitu membangun sewaktu pemerintahan beliau.

Ada beberapa sumber yang aku baca menunjukan Bajet 2010 kali ini akan lebih memfokuskan pada rangsangan ekonomi seperti di Pusat Maklumat Rakyat dan juga Utusan Malaysia. Berikut adalah sedutan yang menarik yang aku sunting dari kedua-dua sumber…

Pusat Maklumat Rakyat

Bajet 2010 akan memberi penekanan terhadap langkah merangsang pertumbuhan ekonomi berasaskan sektor perkhidmatan ke arah mengubah Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi…

Utusan Malaysia

Kerajaan berjanji Bajet 2010 yang akan dibentangkan pada 23 Oktober ini merupakan bajet berhemat yang akan memberi impak kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan masyarakat luar bandar.

Kedua-dua sumber telah menyatakan bahawa, Bajet 2010 ini banyak memfokuskan pada sektor perkhidmatan dan juga kepada golongan luar bandar selain menarik dengan lebih banyak lagi FDI (pelabur asing) melabur di negara ini. Kemelesatan ekonomi global baru-baru ini menyebabkan hampir 50-60% FDI hilang dari melabur ke negara ini. Ini adalah perkara yang membimbangkan. Mungkin, dengan Bajet 2010, segala-galanya akan terjawab bagaimana kerajaan kita mengatasi masalah tersebut.

Bukan apa, aku ni adalah salah seorang daripada ribuan penuntut ilmu yang bertuah mendapat tajaan dari Bajet Mini yang telah di laksanakan oleh kerajaan kita pada bulan Mac 2009 . Oleh itu, aku sangat teruja dan menanti dengan penuh debaran untuk Bajet 2010 ini. Secara kasar, kita akan dapat menilai apakah peluang-peluang dari segi perniagaan dan juga sektor industri yang bakal di buka dengan luasnya untuk tahun hadapan. Bagaimana pula nasib pengusaha perniagaan Internet, pengusaha kecil dan sebagainya untuk masa akan datang?

Mudah-mudahan, pembentangan Bajet 2010 ini akan memberikan kepuasan kepada semua golongan masyarakat di Malaysia ini. Salam bersahaje :)

Posted in Bersahaje, Diari, Featured

Laporan: Hujung minggu yang berseminar dan pelaburan…

written by boy_bersahaje on October 20th 2009

seminar utm skudai  boy Laporan: Hujung minggu yang berseminar dan pelaburan...Huh! Demam aku dibuatnye setelah sebaik sahaja sampai di Perlis. Sama ada aku berada di dalam bas yang sangat kesejukan atau aku yang terlalu keletihan. Yelah, sepanjang 3 hari di Jb, aku x pernah dapat berehat dengan lama. Dari hal restoran sampailah ke hal seminar blogging. Tapi, aku keseronokanullazi yang amat. Thanks to all the participants!!! Korang memang sempoi! Baru jumpa dah macam 18 hari kenal. Hahaha, thanks pada abg Joe, Zainul dan mereka yang sudi menegur dan beramah mesra dengan aku :). Al-maklumlah, aku ni sebenarnya pemalu. Kihkihkhihkhih. Baru hari ni aku dapat update blog aku yang sangat kesunyian. Sian kat aku. Bukan tak nak update just masa dan emosi aku yang agak kekurangan sejak kebelakangan ini.

Alhamdulillah, sepanjang observation aku pada seminar kali ini, peserta kebanyakanya berlatar-belakangkan blogger. Paling tidak pun, dah tau sedikit sebanyak selok-belok perihal blogging. Dalam seminar ni, ada seorang rakan aku yang dah lama kami tak jumpa. Kay namanya. Kami kenal sejak di Matriks Negeri Sembilan pada tahun 2003. Habis matriks je dah tak jumpe. Dan…dan seminar blogging ni la yang menjumpakan kami berdua. Hilang juga rindu kat si Kay ni. Hahaha. Berbalik pada seminar, aku ni hanyalah sebagai sekreteriat sahaja. Bukan sifu. Sifu aku tu rohaizad. Adalah sedikit sebanyak pengalaman asas dan juga beberapa pengalaman advance yang aku telah kongsikan bersama peserta. Bagi aku itu pun dah memadai untuk menjadikan mereka bersemangat dalam mencari pendapatan melalui blogging. Yang penting, kecekalan dan semangat untuk memenuhkan account paypal dengan USD. Tidak di lupakan juga, aku telah menunjukan satu job (bernilai RM120+) yang aku dapat secara LIVE pada hari tersebut. Ini menunjukan, segala apa yang telah diajarkan di seminar tersebut bukanlah hanya tin kosong sahaje :). Mesti terbakar habis hati peserta seminar pada waktu itu :p.

Buat pengetahuan pembaca blog ini, dalam bulan ini(sampai pertengahan bulan Oct 2009) aku telah menjana sebanyak usd400+. Dan sebanyak itu aku telah belanjakan untuk pelaburan aku di internet. Aku telah membeli beberapa buah blog dan juga website yang mempunyai potensi dari sudut penjanaan wang dari adsense(Bukan speed adsense mahupun teknik blackhat yang aku BENCI ya ;)) dan juga melalui penjualan ruang pengiklanan. Selain itu juga, aku juga ada membuat pelaburan untuk menaikkan PR(pagerank) untuk beberapa buah blog niche aku. Rugi? Semestinya tidak! Pelaburan di internet(bukan skim cepat kaya yang aku benci juga ya :p) sama juga seperti pelaburan perniagaan offline. Memerlukan masa untuk merancang dari segi marketing dan juga financial. Macam aku, aku dah mula bergerak menambahkan cabang bisnes internet, daripada menjual ruang pengiklanan kepada penjanaan duit dari adsense. Mungkin ini adalah cabaran baru untuk aku belajar. Tapi, klau hendak 1000 daya kan?

Sekarang, aku mula berjinak-jinak dengan proxy site di mana, mengikut penelitian aku, site proxy mampu menarik 500-600 traffic sehari! Proxy? Ya, proxy! Apa itu proxy? Akan aku terangkan penggunaan proxy itu secara lebih mendalam untuk entri yang akan datang. Untuk menjana duit dari adsense, traffic adalah utama. Untuk niche blogs aku, aku tidak langsung fokus pada traffic. Bagi aku, belum sampai masanya. Aku mampu menjana pendapatan dari blog yang mempunyai traffic kurang dari 10-20 orang sebulan! Tak percaya? Kihkihkhihkhih. Tolonglah percaya…

So, sekarang apa fokus aku? Fokus dan plan aku hingga ke akhir bulan ini adalah untuk menarik traffik ke site proxy aku itu. Aku perlukan design yang baru selain tahap server yang agak POWER rangers bagi menampung jumlah traffic yang bakal di garap tidak lama lagi. Kiranya, ini adalah uji kaji aku berkenaan dengan traffic. Aku study sampai ke lubang cacing cara untuk marketing site proxy dengan lebih halus lagi (marketing proxy dan blog adalah sangat berbeza, tapi konsep sama). So, blogging pula akan berehat hingga ke hujung bulan ini. Maaf ye sifu :p. Bukan apa, certain part, we need to get rest from it to refresh our mind! Yang penting, aku tau apa yang aku buat dan Insya-Allah dapat achieve target dalam 30-40%.

So, rakan-rakan di luar sana, peluang menjana pendapatan dari internet terbentang luas!!! Sama-ada andai pandai mencari peluang atau tidak sahaje. Selain daripada kecekalan, kesabaran dan juga perancangan yang teliti menguruskan kewangan dalam paypal anda itu, kebijaksanaan meniliti potensi sesebuah perniagaan juga adalah SANGAT PERLU!!!!

Mungkin sampai di sini sahaje, malam ini mungkin aku sudah memulakan operasi untuk site proxy aku itu. So, doakanlaj kejayaan projek aku kali ni. Tanpa doa kalian, mungkin aku tidak mampu menjadi bersahaje sebegini rupe! Bersahaje itu adalah keindahan yang mungkin korang tidak lagi rasakan!!!! Ha, ape pendapat korang dengan apa yang aku cerite panjang berjele tadi? Nak dengar jugak pendapat yang bernas selain pengalaman korang jana duit dari internet ni. Kita kongsi ramai2…Wassalam…

Posted in Arena Blogging, Diari, Featured

Aku yang bersahaje…

written by boy_bersahaje on October 11th 2009

Aku dan Frutheart di majlis raya Unimap

Aku dan Frutheart di majlis raya Unimap

Fuh! Pelbagai pahit dan manis aku tempuhi sepanjang Syawal yang lepas. Yang pahit jadikan pengajran dan pengalaman yang manis adalah untuk aku meneruskan perjuangan hidup sebagai seorang yang bersahaje. Mungkin ini adalah detik awal kehidupan yang mencabar untuk aku. Banyak lagi pengalaman dan rintangan yang berjaya aku lalui, banyak lagi kejayaan yang bakal aku tempa di masa depan. ‘Kita kan belajar dari pengalaman’. Even, dalam arena blogging, blog yang paling lama adalah blog yang paling disukai oleh advertiser :). Yeke? Yelah, blog yang lame menunjukan blogger itu adalah serius dengan apa yang di blogging kan. Aku? Belum lagi mencapai tahap itu. Tunggu la  bila blog ni dah sampai ke tahap matang (1 tahun).

Maaflah kepada pembaca blog ni yang sudah berulang kali melihat blog ini tanpa sebarang entri baru. Mungkin masa itu adalah waktu ku berkabung. Insya-Allah, selepas ini aku akan update sentiasa dengan memberikan informasi dan juga cerita-cerita terkini :). Tapi, sepanjang aku berkabung, blogging untuk arena antarabangsa tidak pernah aku abaikan. Buktinya, sekarang aku telah memiliki 20 niche blog yang aku sendiri tidak terpikir untuk memilikinya. Aku sangat sayang dengan semua blog-blog yang aku ada. Semuanya umpama harta aku. Tetapi itu adalah harta aku di internet. Percayalah, dalam masa seminggu dua lagi, aku akan menambah lagi 2-3 blog yang baru. Mungkinkah disebabkan IMPIAN aku itu menyebabkan aku berusaha seperti ini?

Sekarang ini, relation aku bersama fruitheart sudah pun di upgrade dari 2.80 kepada 2.8.4 (eh dah macam version wordpress plak). Aku sudah bertunang :). Hidup aku sekarang dah naik ke level yang lebih tinggi bila mana segala perbuatan aku pemikiran aku lebih kepada penyimpanan duit untuk alam perkahwinan aku nanti. Usaha dulu 1, so sekarang kena berusaha 10 kali ganda dari dulu. Bukan apa, cita-cita aku adalah untuk membina karier bersama orang yang tersayang. Biar susah dan senang aku jatuh dan bangun dilihat dan dirasai bersama-sama dengan isteri tercinta. Itulah value sebenar perkahwinan yang aku cari.

Alhamdulillah, buah jambu aku di JB semakin memberangsangkan. Telah membuka sebuah kedai di Kg Melayu sebagai pusat stokis di sana. Stokis ini bertujuan untuk memudahkan dan menambah-baik kepada sistem perjalanan dan susun-atur harian. Di situlah letaknya stok untuk buah, asam dan disitulah tempat pertemuan bersama customer dan pusat untuk kami (Sebulat Suara Ent) bermesyuarat. Selain daripada itu, Insya-Allah produk air jambu aku akan menembusi pasaran koperasi di sekolah-sekolah menengah tidak lama lagi. Bagi yang berminat tu, sila-sila lah hubungi saya dengan menggunkan page ini.Bukan apa, nak juga dengar pendapat dari kamu orang mengenai rasa buah jus buah jambu aku tu kihkihkhih.

Minggu ini? Mungkin antara minggu aku yang paling bz selama aku di Perlis ini. Ada task baru yang perlu diaksanakan untuk pengajian aku. Mungkin aku agak kesibukannullazi di dalam Lab. Pada hari Khamis ini, aku akan bertolak ke kampung halaman aku (JB) seorang diri tanpa ditemanai oleh friutheart aku :( untuk menghadiri seminar blogging di Universiti Teknologi Malaysia. Selain itu, aku perlu melihat perkembangan jambu aku dan juga berbincang sedikit sebanyak bersama Mama dan Papa megenai peluang-peluang baru perniagaan yang ada di Perlis ini.

Penat? Tiada dalam diari aku :). Kalau hendak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Biar aku penat sekarang. Tapi penat akan hilang bila mana kamu orang ada fruitheart atau orang yang tercinta yang akan menghilangkan semua rasa yang tak sepatutnya kamu rasa. Penat, boring, preassure, tensen dan sewaktu dengan nya :). Dengan itu, salam bersahaje dari aku boy_bersahaje untuk pembaca blog ini. Selamat hari raya dan selamat berblogging untuk masa depan.

Posted in Featured
Copyright © 2010 Reza Mohyin.