150120081356

Aku dan Ayan sewaktu belajar dahulu

A’kom rakan-rakan sekalian. Masih pada mood raya? Aku dah habis semua tu. Dan sekarang dah memulakan sesi pembelajaran setelah beraya tak berapa sakan. Seronok dan sangat puah hati raya kali ini. Aku ada beberapa program bersejarah telah berjaya aku laksanakan sepanjang raya dan juga Ramadhan. Nanti akan aku ceritakan dengan lebih lanjut pada entri berikutnya.

Pada malam ini, emosi aku sedikit terganggu. Antara rakan rapat aku semasa di Universiti telah kemalangan seawal pagi hari Isnin. Aku dikhabarkan oleh abangnya, kereta yang di pandu nya telah dirempuh oleh sebuah lori. Rakanku kini sedang koma terlantar di wad ICU tingkat 1 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Aku mendapat berita sedih ini semasa bersama-sama dengan fruitheart aku menjamu selera. Aku mendapat mesej dari handphone yang berbunyi

Salam n sejahtera. Kwn2, doakan kwn kite Ayan,Mohd Nor Azhar Abdullah agar selamat n cepat sembuh dari koma k. Dia excident pagi tadi n still koma, sampaikan pada yang lain.

Aku kaget setelah mendengar fruitheart aku membaca mesej tersebut dari handphone aku.  ‘Ya Allah, ini kah dugaan untuk seorang sahabat?’ detik hati aku. Lama juga aku termenung terkenang kembali saat aku dan Ayan bergembira bermain futsal pada ketika dahulu. Ayan ni rajin jenguk aku semasa aku menjaga kedai makan di Johor Bahru pada awal tahun ini. Hampir setiap minggu dia datang menjenguk aku. Dia ni sangat bersahaje dan suka buat kan aku tak kering gusi bila borak denganya.  Memang satu batch kenal dengan sikap Ayan yang sangat friendly.

Sampai sekarang ni, aku masih belum dapat menerima hakikat tentang kejadian. Ramai rakan-rakan aku pun sama. Aku hampir saja menitiskan air mata bila terkenang kisah kami bergelak jenaka, bermain futsal dan makan bersama-sama. Apa yang mampu aku buat adalah doakan kesejahteraan Ayan; semoga Allah memberikan lagi kekuatan kepada nya untuk terus hidup dengan keadaan sihat dn sejahtera.

Entri kali ini aku memohon jasa baik pembaca blog ini samada yang mengenali beliau atau tidak; dapatlah mendoakan kesejahteraan rakan ku itu. Tak sanggup rasa nya untuk aku kehilangan rakan yang sangat menyenangkan di awal usia ini. ‘Pa, tolong boy, ziarah kawan boy yang sekarang koma kat ICU, dia baru pas eksiden pagi tadi’ itu lah juga yang termampu aku lakukan. Aku meminta tolong kedua ibu dan bapa aku untuk menziarahi Ayan di hospital. Sekurang-kurangnya dapatla juga aku menenagkan sedikit-sebanyak perasaan aku yang sangat kerisauan ini.God, I’m crying!

Aku bersahaje kerana terpaksa…Ayan, get well soon!

Posted by boy_bersahaje On September - 29 - 2009 Diari

berwajah baru seperti baby

A’kom dan HAI kepada rakan-rakan di luar sana. Tak terlambat rasa nya untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat. Maaf zahir dan batin andai aku ada menyakitkan kamu orang semua. Banyak dapat duit raye? Tidak kiralah duit tu datang dari mana asalkan duit itu adalahdatang  semasa raya. Bonus, blogging, hadiah dan macam-macam lagi kita boleh perolehi untuk duit raya ni :) . Aku? Tak berapa nak banyak sangatlah.

Entri kali ni di taip dengan menggunakan key-board RM10 yang mampu menghasilkan bunyi yang sangat menganggu untuk mereka yang cuba tidur lena semasa aku sedang menaip. Silap hari bulan boleh buat gaduh hahahaa. Entri aku ini hanyalah untuk menyatakan dan mengistiharkan bahawa blog ‘Boy Punya Scrap Bookla’ telah berwajah baru. Perkara ini terjadi adalah disebabkan tangan aku yang gatal menggodam sistem footer pada theme lama yang telah menyebabkan blog aku mengalami kerosakan yang teruk akibat  diserang oleh Decepticons. Ini adalah pengalaman aku yang ke-2 untuk personal blog ini yang aku cuba bangunkan. Orang tua kata kita belajar dari kesilapan. Tapi aku belajar dari keseronokan! Harapan aku agar kamu orang sentiasa memberikan sokongan peluru berpandu padu untuk aku terus melemparkan pendapat, luahan hati dan perasaan di arena blogging di Malaysia ini.

Nantikan entri yang seterusnya di blog yang bersahaje ini :) . Wassalam

Posted by boy_bersahaje On September - 24 - 2009 Bersahaje

duit_dari_blogA’kom sahabat di luar sana. Harapan aku agar kamu orang berpuasa hendaknya :) . Tidak lupa juga bersahaje dalam berbuka. Yela, bulan puasa ni macam-macam hidangan istimewa dijual, semuanya akan kelihatan sedap dan meggiurkan hingga mampu merangsang untuk mengalirkan air liur tanpa anda sedari kihkihkih. Aku? Macam biasa lah, berbuka dengan seteguk air masak dengan separuh buah tamar kekekeke.

Alhamdulillah, setelah hampir 5 bulan aku berblogging dengan teknik yang betul, pendapatan pun makin bertambah. Sebenarnya, tidak terduga dik pemikiran ini untuk sampai ke peringkat seperti sekarang. I’Allah, setakat $200-$300 sebulan boleh aku perolehi melalui dunia blogging ni. So, tidak salah rasanya untuk aku berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang aku ada untuk memberi pendedahan yang lebih meluas mengenai dunia blogging. Read the rest of this entry »

Posted by boy_bersahaje On September - 10 - 2009 Arena Blogging Featured

buka-puasa-13

A’kom rakan-rakan sekalian. Harapan aku agar kamu orang sehat dan segar-bugar di samping yang tercinta di bulan mulia ini. Huh!!! Hujung minggu yang sangat bererti untuk bulan ini (Sept 09) Berjalan dengan fruitheart di samping berjumpe dengan rakan blogger yang hotai (Bukan hutan!!!) Bukan apa, kadang-kadang minda kita ni juga perlukan rehat dan have a fun. Nanti boleh jadi tak betul kalau sentiasa je dengan suasana yang serius. Enjoy dengan fruitheart memang sangat-sangat menyeronokan. Tengok dia happy dengan barangan yang dibeli di Ibu Negara tempoh hari. Balik dari berjalan, kita orang pergi ke Pantai Dalam membeli juadah berbuka. Sampai ada air seringgit dapat 3 pun di jual di situ. Sedap? Ha lu pikirla sendiri. Kihkhihkhih. Terima kasih pada Yam yang telah entertain kami sekeluarga di samping memberikan aku beberapa tips yang sangat berguna dalam dunia blogging ini. Yam ni pun antara blogger tulang belakang negaraku.net. I’Allah, kalau tiada aral-melintang aku akan lepak 1-2 hari dengan Yam setelah habis raya nanti. Adalah beberapa perkara untuk  dibincang dan dilaksanakan dengan beliau. Apa lagi kalau bukan cerita online nya hal la. Kihkihkhih. Read the rest of this entry »

Posted by boy_bersahaje On September - 7 - 2009 Arena Blogging Bersahaje Diari Featured

large_flag_of_malaysia

Minta maap kepada yang dah berkali-kali datang ke blog ini tanpa sebarang update selama lebih kurang seminggu. Aku sangat kesibokkanullazi menguruskan perihal blogging dan juga kehidupan di sini. Sibuk sampai tiada masa untuk update personal blog. Jangan merajuk tau…kihkihkihkih

Sebelum aku terlambat, Selamat Hari Merdeka kepada semua Rakyat Malysia. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Huh!!! Habis juga bulan Ogos yang sememangnya 1 bulan yang cukup panas untuk aku menjana duit dari blog.  Antara bulan yang paling mantap pernah aku kumpul duit dari blog. Target aku untuk bulan Ogos, alhamdulillah telah tercapai. Read the rest of this entry »

Posted by boy_bersahaje On September - 4 - 2009 Bersahaje Diari Featured